SEMALAM, aku telah melalui satu lagi ujian yang agak getir bagi diri aku, iaitu tak lain dan tak bukan ujian QTI ataupun dikenali sebagai pra-ujian JPJ. Aku pun x tahu apa tujuan utama QTI ni dibuat sebelum seseorang itu mengambil ujian JPJ. Bagi aku, pengalaman nya mengalahkan persediaan SPM. Entah kenapa, aku berasa begitu takut dengan ujian QTI/JPJ ni sebabnya aku tak ada kereta manual, jarang bawak kereta dan pengendali/cikgu memandu yang kadangkala buat aku agak bengang walaupun aku buat salah banyak kali....
Bukan apa, kalau dah tahu pelajar tu buat salah ke , tak reti nak lepaskan klac perlahan-lahan ke, tak payahlah nak buat orang lebih gelisah kalau sekadar tahu nak marah dan bagi nasihat dengan nada yang positif. TAK habis2 nak cakap, kalau buat salah mcm ni, fail lah kamu ujian jpj nanti. Mana tak mental pelajar yang ada cikgu memandu mcm ni.. tak apelah, yang penting aku lulus QTI ni dan lagi satu sahaja ujian yang harus aku tempuhi,,,,,iaitu ujian JPJ pada 16/6/2011 ni. Lagi 3 minggu untuk aku persiapkan segala kemahiran yang telah aku pelajari setelah aku tinggalkan PASUM pada bulan 4 yang lalu. Kalau nak diikutkan tempoh yang sebenar, aku mula kelas memandu untuk dapatkan lesen L ni pada bulan 4 tahun lalu. Setahun yang lalu, ye kalau semua nak tahu. Jadi aku ambil masa yang begitu lama untuk mendapatkan lesen kereta ni.
Bukan apa, aku pun x reti nak guna kereta manual kalau nak dibandingkan dengan kereta auto. Harap2, adalah lagi kawan2 sebatch aku yang x ada lesen ni turut bersimpati dengan keadaan aku ni. Kalau aku tahu tenaga pengajar kelas memandu tu mcm tulah perangainya, dari awal lagi aku pilih kedai lain. Tapi tak apalah, aku anggap ini sebagai takdir yang terpaksa aku terima.