Sekarang sudah semakin terasa bahang satu lagi gelombang global..cubalah teka apakah gelombang global yang dimaksudkan itu? Sudah pasti, sebagai seorang umat Islam, bulan ramdhan al-mubarak sudah menjelma, insya-allah pada hari Isnin minggu depan. Jadi, apakah agenda yang bakal kita semua akan rancang untuk 30 hari yang penuh keberkatan ini?
OK, pastinya ada beberapa perkara, sebenarnya banyak perkara yang boleh dibuat. Berdasarkan apa yang aku tengok di Al-kulliyah,motivasi pagi dan Tanyalah Ustaz, sudah pasti ada amalan ibadah yang boleh dilakukan,iaitu:
1)Membaca al-quran. Ini sudah pastinya menjadi agenda utama setiap muslim sepanjang bulan ramdhan. Kita bukannya sekadar membaca al-quran pada bulan ramdhan sahaja yer, tetapi membaca dengan lebih kerap pada bulan ramadhan kerana pahala yang dilakukan adalah berlipat ganda...Apa yang saya tahu, setiap amalan yang dilakukan akan ditambah dengan pahala 70 kali ganda apabila dilakukan pada bulan ramadhan.
2)Solat tarawih. INI sememangnya akan menjadi trademark umat Islam pada bulan ramadhan. Hal ini adalah kerana solat sunat tarawih cuma ada pada bulan Ramadhan. Selalunya, kita akan tengok banyak orang semangat nak bersolat berjemaah di surau-surau,masjid-masjid pada hari pertama dan kedua. HMM, selepas tu, berapa banyak lah sangat yang nak ada kat masjid, terutamanya hari-hari terkahir pada bulan ramadhan yang sememangnya terkenal dengan lailatul-qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan. Harap2 nya, kita akan berusaha untuk bersolat tarawih bersama-sama di surau-surau dan di masjid-masjid. TAPI, janganlah cuma ingat yang sunat, tapi yang wajib tak dilakukan bersama-sama. Hehe, seelok-eloknya selepas berbuka puasa, apa kata kita terus drive dan pergi bersolat maghrib dan isyak berjemaah...
3) Bersedekah. Wah,orang malaysia amat terkenal dengan sikap pemurahnya. Tetapi, amalan ini lebih berganda dan bermakna pada bulan yang mulia ini. Jadi, perbanyakkanlah sedekah ini mengikut kemampuan masing-masing. Tak kisahlah yang jutawan atau orang biasa, kita boleh bersedekah dengan mengikut kemampuan masing-masing. Dan penerima sedekah itu pun kita perlu ambil perhatian yer.....Ingat, memanglah ada hadis yang mengatakan sedekah itu adalah rezeki kepada pencuri,pelacur dan orang kaya, tetapi dengan sedekah itulah, mereka semua telah berubah. Dan sudah tentu, kita juga perlu bagi pada orang yang betul, jangan bagi kat mat pit pulak.
4) Senyum dan sabar. Kita tahu bahawa bulan ramadhan ini kita akan menahan lapar dahaga sepanjang 12-13 jam macam tu, kalau di Malaysia. Jadi, sebagai pelajar atau pekerja, kita akan melalui kehidupan harian kita seperti biasa, dengan kesibukan duniawi dan pelbagai cabaran yang ditimpa. Oleh itu, bulan ini sememangnya menguji kita untuk berusaha mengawal emosi kita. Jadi, kita kenalah bersabar dalam melalui bulan ramadhan ni. Ada juga orang yang selalu marah macam bos, pensayarah etc, tapi apa kata kita ambik dengan cara yang positif dan menunjukkan senyuman dan sifat sabar dalam diri kita supaya orang bukan Islam boleh tertarik dengan identiti dan keperibadian yang ditunjukkan oleh orang Islam, khususnya pada bulan ramadhan..
Sebenarnya banyak lagi maklumat yang ingin dikongsi, mungkin post-post yang akan datang....
AMER AZMI
ALOR SETAR.....
selamat menyambut bulan ramadhan
p/s: bulan puasa pun, nak buat cover piano, asalkan x melalailkan sudahla....buat pada waktu yang kita rasa nak sangat2 buat....hehe...amalan ibadat terhadap allah tetap dijaga