Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Tuesday, April 27, 2010

PLKN 2010 SIRI 7 KUMPULUN 1


Salam. Saya rasa masih tidak terlambat untuk mengimbau kembali kenanganku semasa berada di PLKN Kem Lagenda Seri Negeri, Langkawi. Buat pertama kalinya, setelah menamatkan pelajaran di bumi ilmu SERATAS, aku kemudiannya telah menerokai dan mengenali dunia serba mencabar dan baru tatkala berada 2 bulan 2 minggu di bumi PLKN ini. Pada mulanya, bukan apa, memang terasa agak keberatan kerana terpaksa membatalkan hasrat saya untuk mengambil lesen memandu dan bekerja sambilan di KUMON, tetapi aku terpaksa akur jua pada perintah Jabatan Latihan Khidmat Negara ini. Apa yang dapat aku garapkan, banyak kenalan dan pengalaman yang mampu diperoleh semasa berada di sini. Bukannya dari segi menimba ilmu semata-mata, tetapi juga dapat mengenali individu-individu serta insan-insan yang berasal dari negeri dan tempat yang berbeza. Ada yang datang dari Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak. Perasaan di sini agak bercampur-baur. Ada masa seronok, ada juga masa yang tidak. Aktiviti-aktiviti di sini tidak banyak berbeza seperti di kem-kem PLKN yang lain seperti Kelas CB, Wirajaya, Kelas Kenegaraan, Khidmat Komuniti, Aktivit Fizikal, menembak menggunakan senapang M-16, flying fox, b erkayak dan banyak lagi. Terdapat juga ceramah daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak KPTM,Indah Water, Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Masterskill. Kami juga berkesempatan untuk mengunjungi Komplek Kraftangan Langkawi dan Balai Bomba Kuah sebagai sebahagian daripada aktivit khidmat komuniti kami. Memang banyak untuk dikongsi. Namun apa yang lebih penting adalah saya dapat berjumpa rakan-rakan saya seperti Aidil (SMK Bandar Baru Sungai Petani), Mat, Izat (SMT Nibong Tebal), Afiq(MRSM Beseri), Faiz(MRSM Langkawi), Fakhry(MRSM Kubang Pasu), Hafiz(SMK Seberang Perak), Zairil( KSAH), Haziq(SMT Pendang),Farhan (SMKA Baling), Suffian( SMK Seri Perak), Kecik(SMT Nibong Tebal),Alex, Chan Rick Kee, Ah Boon, NZX, LOOI, DA SHEN, TARIQ dan ramai lagi. Memang tak sempat kalau nak senaraikan semuanya dalam post ni. Apapun, terima kasih berinfiniti-infiniti kepada Ayah Kami di sini, Mejar Shafie, Sarjan Azman yang tegas lagi adil, Cikgu Din( Charlie), Cikgu Dol, Cikgu Abdullah, Cikgu Kima, Cikgu Miza,Sarjan Mazlan dan lain-lain lagi dalam membantu saya dan rakan-rakan sepanjang berada di Kem Lagenda Seri Negeri ini. Apapun, saya akan tetap mengingati kenanganku di PLKN sebagai salah satu peristiwa yang akan kekal tersimpan di dalam memoriku sehingga ke akhir hayatku, kerana bermulanya di sini, segalanya telah menentukannya.

P/S: i=Ini gambar semasa kami buat aktiviti Wirajaya, kena berkhemah di padang kem. Aku sebagai ahli kompeni Alfa(Harimau Malaysia) telah menetap bersama ahli-ahli yang lain seperti yang ada di gambar. Memang mencabar, terpaksa menahan kepanasan dan panas terik matahari sehingga mencecah 38 celcius, telah menguji kami secara mental dan fizikal untuk melaksanakan program ini.

2 comments:

  1. wira2 negara......rase rugi lak aku tak dpt...huhu

    ReplyDelete
  2. macam tu pulak. plkn je pun. hang dapat ke tak dapat ke sama je.kalau bukan kerana plkn, dah lama aku ambik lesen. tapi takpelah, sekadar pengalaman dan pengajaran yang berguna demi masa depan nanti. plkn tetap satu pengalaman dan kenangan.

    ReplyDelete