- Masa darjah 1, pernah cuba jalan kaki balik rumah sendiri. Nasib baiklah, saya tak kena dihampiri oleh orang yang tak diingini.Sebaliknya, ada seorang wanita ini yang sanggup untuk menghantar saya pulang ke rumah.
- Masa darjah 1, pernah berlaku pembulian di sekolah di mana saya terjatuh dan gigi saya sedikit retak, tetapi tidaklah begitu jelas dan kelihatan sehingga kini.
- Masa darjah 3, saya hampir teputus jari kaki saya semasa terkena batu yang jatuh dibaling oleh seorang anak jiran. Nasib baik, jari itu masih dapat dijahit, disambung semula dan diselamatkan. Semasa di Hospital Putra, saya telah kehilangan banyak darah akibat daripada jarum yang dicucuk ke tangan kanan saya dikatakan tidak bersambung, menyebabkan banyak darah yang terkeluar dan diserap oleh tilam katil yang saya duduki. Nasib baik, segalanya tidak begitu kritikal.
- Masa darjah 6, saya pernah pengsan selepas dicucuk untuk Program Imunisasi Campak Sekolah Rendah. Dikatakan, sewaktu saya dicucuk, saya begitu penat kerana berlari berkejaran dengan kawan-kawan saya, menyebabkan reaksi badan saya terhadap suntikan itu menjadi tidak normal, lalu menyebabkan saya pengsan seketika. Nasib baik, selepas beberapa minit kemudian, saya sedar kembali dan segalanya menjadi sedia kala.
- Masa di PLKN, pernah terasa sakit perut(ataupun lain-lain), menyebabkan saya terpaksa kembali ke hostel setelah aktiviti sukan air. Alhamdulillah, segalanya kembali pulih, beberapa minit selepas saya baring di atas katil.
- Semasa di darjah 5, saya pernah mengalami sakit peruk, pening, muntah sehingga menjejaskan hari pertama persekolahan saya pada tahun 2004( darjah 6)
- Semasa tingkatan 5, saya pernah mengalami pening, muntah, demam dan loya sewaktu menjawab kertas peperiksaan percubaan SPM SBP 2009-Sejarah Kertas 2.Nasib baik, setelah beberapa hari, saya kembali ke sekolah setelah disahkan beberapa pelajar di sekolah menghidapi positif H1NI. Saya cuma mengalami demam biasa.
Rasanya, banyak lagi perkara yang berlaku, cuma saya tidak begitu mengingatinya kerana sudah lama berlalu dari minda saya.
wah macam² aey kisah hidup hg =)
ReplyDeletebtw add la aku pulak heheh
http://safuansabri.blogspot.com/
dah add dahlah. blog hang ada kat my blog list. memang best blog hang.
ReplyDelete