Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Saturday, July 24, 2010

PUSAT ASASI UM/KOLEJ 12

OK, hari ini aku nak terangkan segalanya pasal PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR. Kalau nak tahu, semua pelajar ASASI dan RPKJ menginap di Kolej 12. Kolej ini sememangnya khas untuk pelajar ASASI dan RPKJ sahaja. Kalau nak adapun, pelajar Master/PHD/OVERSEAS STUDENT/ dengan pelajar DEGREE. ITUPUN tak adalah ramai sangat bilangan mereka sebab majoriti penghuni di sini adalah pelajar ASASI/RPKJ.

Bilangan pelajar ASASI lebih kurang 1300 orang, manakala RPKJ seramai 300 orang. Berbeza kan? Sebabnya, pelajar RPKJ tajaan JPA, walhal ASASI ada yang tajaan KPTM dan ada juga yang bawah tajaan JPA. Program ASASI adalah program satu tahun dan RPKJ dua tahun. Pelajar RPKJ kiranya stay lagi lamalah kat kolej 12 sebab mereka ni bakal belajar secara insentif untuk melanjutkan pelajaran ke program Ijazah di Universiti-universiti di Jepun.

Pelajar ASASI terdiri daripada pelajar ASASI SAINS HAYAT/FIZIKAL/ALAM BINA. Yang tak tahannya, program ASASI ni tak ubah macam RPKJ kat AMBANG ASUHAN JEPUN(AAJ), UM ni. Kelas bermula pukul 8.00 pagi dan habis pada pukul 5.00 petang. Isnin hingga Jumaat setiap minggu.Ditambah pula dengan SUBJEK2 KRITIKAL seperti KIMIA, BIOLOGI, FIZIK, CALCULUS DAN ALGEBRA. Seriously, memang memenatkan dan mencabar minda. Tutorial, ujian mingguan dan amali eksperimen sudah pasti ada setiap minggu. Sebab itulah, kalau nak masuk ke sini, kena siap sedia dari segi mental dan fizikal.

Yang agak peliknya, pelajat ASASI seakan tidak ada identiti tempat pengajiannya. SEBABNYA, kami semua macam menumpang dekat AAJ, sedangkan AAJ adlah untuk RPKJ( Rancangan Persediaan Khas Jepun). Tapi, tak mengapalah, nak tumpang setahun sahaja kat situ. Selepas tu, pelajar baru pula yang masuk di Kolej 12 dan Pusat Asasi UM tu.

Kami hanya dapat berehat sepenuhnya pada hari AHAD dan Sabtu. Itupun, macam kena studi jugak sebab terlalu banyak topik yang perlu difaham dan tutorial untuk disiapkan pada minggu itu juga. Memang mencabar dan meletihkan.

Di kolej 12, semua pelajar ASASI/RPKJ makan di situ untuk tengah hari/pagi/malam. Harga agak standard dan banyak pilihan. Kalau dah rasa muak, boleh pula pergi ke kolej 11 atau kolej 5 yang terletak berhampiran untuk makan di gerai situ. Kalau nak sembahnyang pula, surau sentiasa tersedia setiap hari. Memang ramai pelajar yg berjemaah, sampaikan aku sendiri rasa malas sangat nak pergi sebab terlalu ramai sampai tak cukup tempat nak sembahnyang. Kalau sembahyang Jumaat PULA, boleh pilih 2 masjid; Masjid di Akademi Pengajian Islam dan Masjid Ar-Rahman.

Kalau nak beriadah pula, gelanggang futsal,basket,kolam renang, ping-pong, tenis dan badminton dan lain-lain desediakan untuk main pada waktu petang setelah penat melalui satu hari yang amat padat dengan kuliah/tutorial dan amali. Cuma kena pandai2 jaga diri sahaja. Insya-allah boleh berjaya.Di sini juga ada kemudahan WIFI. bOLEHla guna internet selalu dan kelajuannya agak laju. Memang mudah untuk membuat sesuatu rujukan ataupun maklumat.

Kesimpulannya, Pelajar ASASI UM pun tidak kurang hebatnya. Kebanyakan pelajarnya adalah dalam golongan semua a dalam SPM dan majoriti daripada mereka bersekolah di SBP dan juga MRSM. Sekolah harian pun ada juga yang hebat mindanya dan cerdik akalnya. Dari segi lokasi pula, memang tidak dapat dinafikan UM adalah universiti yang paling strategik kerana terletak di kawasan Bangsar, Damansara dan berhampiran MID VALLEY DAN BANGSAR VILLAGE.

p/s: Tiada gambar yang dapat diuploadkan supaya dapat menjadi pendorong kepada semua untuk menjadi penuntu UNIVERSITI MALAYA. ILMU PUNCHA KEJAYAAN.

Thursday, July 8, 2010

DIRIKU YANG BIASA

OK. hARI NI, aku nak cakap dalam BM. Jadi biarlah aku terangkan segalanya dalam bahasa Melayu buat kali ni.

Sejak dilahirkan ke dunia ini 18 tahun yang lalu, aku telah melalui begitu banyak pengalaman pahit dan manis serta asam garam kehidupan yang berlaku di sekeliling ku. Tidak kisahlah sama ada di sekolah, rumah ,mahupun tempat tusiyen, semuanya telah aku lalui dan harungi sehingga ke hari ini, aku akhirnya menuntut di bumi Universiti Malaya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Bukan mudah untuk menjadi diriku ini. Mengapa aku mengatakan begitu? ehmm.....Ada sebabnya mengapa aku mengatakan kehidupanku ini amat rumit dan kompleks.

Aku akui aku tidak begitu pandai dalam akademik, manakan tidaknya. Masa di sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, aku seringkali terkial-kial untuk mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebab aku sememangnya sukar untuk faham apa yang aku pelajari di sekolah. Selalunya, markah aku memang rendah kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Memang agak pedih bagiku untuk menerima hakikat bahawa aku yang punya pulun studi ni, last2 keputusan peperiksaan jauh lebih teruk daripada orang lain, menyebabkan aku sering berasa tertekan dengan diriku. Bukanlah bermaksud aku menyesal akan diriku, tetapi aku sememangnya inginkan keputusan yang sehebat dengan orang yang lain, cuma aku sendiri pun tak tahu di mana silapnya.

Nak kata aku bodoh sangat, aku dapat jugak straight a untuk UPSR, PMR dan SPM, plus aku dapat PASS dalam Piano Practical Examination Grade 8. Aku jugak menjadi Completer English Kumon Pertama di pusat yang aku belajar dulu sebelum aku ke SERATAS. Tapi, aku pun bukanlah pandai sangat, pernah fail add math dua kali masa tingkatan 4( Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun), Physics tak pernah2 dapat A kecuali Peperiksaan Akhir Tahun dan Trial SPM SBP. Pernah dapat top 10 dalam form pun sekali saje, itupun masa Periksa Akhir Tahun Form 4. Jadi, aku rasa semua orang boleh faham akan situasi aku ni. Setiap kali aku ke tempat yang baru, sudah pasti aku akan mengahadapi masalah dari segi belajar dan sebagainya. Kadang2 rasa tertekan jugak sebab ramai budak2 yang pandai di UM ni, cuma aku ja yang tekial2 lagi cuba nak faham segala subjek yang dipelajari di sini. Tutorial dan amali sememangnya menguji kesabaran diriku tiap2 kali diadakan. Takpelah, sabar je. Lalui kehidupan dengan penuh positif dan keikhlasan.

Aku pun tak tahu sangat apa yang dah jadi pada diriku. Yang cuma aku boleh beritahu sekarang, aku akan cuba sedaya upaya untuk bangun semula dari 'kejatuhan' yang menimpa aku sewaktu aku di sini. Dah menjadi lumrah hidup, ada orang yang pandai, ada orang yang pandai kalau dia usaha dengan sungguh, ada jugak yang tak pandai walaupun dah belajar bersungguh-sungguh. Aku harap aku boleh menjadi orang yang kedua tu. Ya-Allah, kau bantulah hamba-Mu ini untuk berajaya di bumi UM seterusnya di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Aku sememangnya average learner and achiever, maksudnya aku memerlukan masa yang lama untuk aku faham semua benda yang diajar di UM ini. Aku pun tak mahulah mensia2 kan peluang aku di UM ni. Jadi, aku akan cuba untuk berusaha untuk menjadi yang lebih henat daripada biasa.

Wednesday, July 7, 2010

One thought counts everything

It makes me wonder, what I really want to achieve in my whole life. Is it just about getting string's of a's? Or it is just about getting all the tutorial work done, perhaps? TO ME, life is not about getting the smartest brain and high-achiever in the world that all of us occupy today. Sorry to say, I do not really assume that academic is that important in our life, but it is more to our own choices in life. As the only decision-maker in my life, only I can change and make the options for every single thing that have had happened to me years before and after. At the same time, I do believe that academics excellent will guarantee one's future and success in life, but how far will this stigma would actually being proven to others?
So, let's go back to basic. We are all born in this world before we even realize about everything that occurs around us. AS SOON AS WE GET OLDER, we tend to think of our future, our careers and so on, and by this time, most of us already have set in their minds to become doctors,engineers, architects and accountant and actuarial experts and even more.
So, to me, I just want to share with you that we must get what we really want in life, not because we have to, but we want to, and that spirit will ultimately bring one closer to his or her dream in their lives.

Monday, July 5, 2010

FINALE WIND ORCHESTRA 2010


Oh, tidak. Pada tahun ini, keputusan setiap sekolah amat tidak dijangkakan. Seperti biasa, sekolah yang selalu menjuarai pertandingan ini sudah semestinya tidak bukan melainkan SAS.

Keputusan kesuluruhan
1. SAS
2.SMSS(agak-agaknya dah naik tahun ni)
3. TKC
4.SDAR
5.SAINSKU
6.SSP
7.SMACH
8.SESMA
9.SERATAS

Rasanya, memang dah jangka SAS akan menang tahun ni sebab lagu Oriental Express tu memang teralu unik dan baik sekali dimainkan. Pandai diorang transliterasikan perjalanan tren menjadi sebuah lagu simfoni. Jadi, memang layaklah mereka menang buat kali ketujuh kejuaraan sepanjang 12 kali dipertandingkan.

SERATAS? EHMM....rasanya mereka dah buat yang terbaik. Cuma rasa-rasanya ada beberapa perkara yang perlu diutarakan dan diselesaikan.
  • Lagu Noah ark dimainkan terlalu perlahan kalau nak dibandingkan dengan SBP2 yang lain. Jadi kurang menyerlah persembahan lagu tu
  • Banyakkan lagi keunikan dalam lagu tu. MCM sekolah lain, diorang ada menerapkan unsur2 unik dalam lagu mereka.
  • Mainkan lagu yang lebih mencabar dari biasa, Kita sudah maklum bahawa SBP2 yang memenangi Pertandingan Wind Orkestra ini semuanya memainkan lagu yang amat sukar untuk dimainkan, pada masa yang sama ada keunikan dan kehebatan dalam permainan mereka.
Apa-apapun, tahun depan ada lagi. Semoga SERATAS bakal menjulang piala wind orkestra itu suatu hari nanti.