Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Thursday, July 8, 2010

DIRIKU YANG BIASA

OK. hARI NI, aku nak cakap dalam BM. Jadi biarlah aku terangkan segalanya dalam bahasa Melayu buat kali ni.

Sejak dilahirkan ke dunia ini 18 tahun yang lalu, aku telah melalui begitu banyak pengalaman pahit dan manis serta asam garam kehidupan yang berlaku di sekeliling ku. Tidak kisahlah sama ada di sekolah, rumah ,mahupun tempat tusiyen, semuanya telah aku lalui dan harungi sehingga ke hari ini, aku akhirnya menuntut di bumi Universiti Malaya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Bukan mudah untuk menjadi diriku ini. Mengapa aku mengatakan begitu? ehmm.....Ada sebabnya mengapa aku mengatakan kehidupanku ini amat rumit dan kompleks.

Aku akui aku tidak begitu pandai dalam akademik, manakan tidaknya. Masa di sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, aku seringkali terkial-kial untuk mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebab aku sememangnya sukar untuk faham apa yang aku pelajari di sekolah. Selalunya, markah aku memang rendah kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Memang agak pedih bagiku untuk menerima hakikat bahawa aku yang punya pulun studi ni, last2 keputusan peperiksaan jauh lebih teruk daripada orang lain, menyebabkan aku sering berasa tertekan dengan diriku. Bukanlah bermaksud aku menyesal akan diriku, tetapi aku sememangnya inginkan keputusan yang sehebat dengan orang yang lain, cuma aku sendiri pun tak tahu di mana silapnya.

Nak kata aku bodoh sangat, aku dapat jugak straight a untuk UPSR, PMR dan SPM, plus aku dapat PASS dalam Piano Practical Examination Grade 8. Aku jugak menjadi Completer English Kumon Pertama di pusat yang aku belajar dulu sebelum aku ke SERATAS. Tapi, aku pun bukanlah pandai sangat, pernah fail add math dua kali masa tingkatan 4( Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun), Physics tak pernah2 dapat A kecuali Peperiksaan Akhir Tahun dan Trial SPM SBP. Pernah dapat top 10 dalam form pun sekali saje, itupun masa Periksa Akhir Tahun Form 4. Jadi, aku rasa semua orang boleh faham akan situasi aku ni. Setiap kali aku ke tempat yang baru, sudah pasti aku akan mengahadapi masalah dari segi belajar dan sebagainya. Kadang2 rasa tertekan jugak sebab ramai budak2 yang pandai di UM ni, cuma aku ja yang tekial2 lagi cuba nak faham segala subjek yang dipelajari di sini. Tutorial dan amali sememangnya menguji kesabaran diriku tiap2 kali diadakan. Takpelah, sabar je. Lalui kehidupan dengan penuh positif dan keikhlasan.

Aku pun tak tahu sangat apa yang dah jadi pada diriku. Yang cuma aku boleh beritahu sekarang, aku akan cuba sedaya upaya untuk bangun semula dari 'kejatuhan' yang menimpa aku sewaktu aku di sini. Dah menjadi lumrah hidup, ada orang yang pandai, ada orang yang pandai kalau dia usaha dengan sungguh, ada jugak yang tak pandai walaupun dah belajar bersungguh-sungguh. Aku harap aku boleh menjadi orang yang kedua tu. Ya-Allah, kau bantulah hamba-Mu ini untuk berajaya di bumi UM seterusnya di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Aku sememangnya average learner and achiever, maksudnya aku memerlukan masa yang lama untuk aku faham semua benda yang diajar di UM ini. Aku pun tak mahulah mensia2 kan peluang aku di UM ni. Jadi, aku akan cuba untuk berusaha untuk menjadi yang lebih henat daripada biasa.

2 comments:

  1. hyeee

    know what...
    klo ikotkan....
    u better than me
    (aq tak nk ckp u more intelligent than me)

    aq jelez ko lepas PASS(maen piano!)
    aq jelez ko terror BI

    ko msti nk ckp ko jeles dgn aq gak kn?hahaha

    hmmmmm...
    ko rase bdak yg dpt nasional scholar pandai keee?

    ko rase bdak yg dapat scholar2 hebat keee?

    tak payah laaaa nak tertekan dgn diri sendiri sbb depe pon sme macam ko.kite sume same jeee.
    usaha yg membezakan kita.tapi tak bermaksud kita tak berusaha walaupon result kite segempak dpe.
    sbb kalau pk balek,tanpe kegagalan,kite akan lupe tujuan kite dkt bumi allah nie...

    jgn bohong..sbb mmg hakikat,kdg2 kite akn ter'riak' dgn ape yg kite ade.jadi rsenye tak perlu nk membanding2kan diri kita dgn orang lain,klau perasaan tu memudaratkan kita.

    "luangkan masa dengan Allah,nescaya Allah sentiasa ade dgn kamu"
    insyaAllah~amin~saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  2. memang betul apa yang dicakap. usaha menentukan seseorang itu berjaya atau sebaliknya. tapi, semestinya kejayaan itu menjadi sesuatu yang berbeza kepada setiap orang, kerana setiap orang diberi rezeki yang berbeza. sebab tulah, ada yang dapat bank negara, ada yang dapat sime darby, petronas, ada jugak yang sekadar dapat ipta/matrikulasi je. padahal, keputusan lebih kurang sama sahaja dengan orang yg dapat rezeki yang melimpah ruah tu.

    ReplyDelete