mengenang natrah ibarat mengenang semula imbasan silam yang pernah berlaku di bumi Malaya suatu ketika dulu. pasti ada juga yang tertanya-tanya siapakah wanita ini, yang sememangnya generasi kita tidak pernah mengenali, tidak seperti artis-artis yang kita kenali pada dini hari. biar aku terangkan, aku pun bukannya hebat sangat, tapi aku hanya menulis hasil nukilan aku sekadar apa yang telah aku baca dan ingati.
natra lebih dikenali dengan nama penuhnya nadra maarof atau nama belandanya bertha hertogh. beliau dilahirkan di Pulau Jawa, Indonesia pada tahun 1937. pada mulanya, ibu natrah, adeline menyerahkannya kepada che aminah mohammad untuk membesarkannya kerana dipercayai ayah natrah, sarjan adrianus telah ditawan tentera jepun.
setelah itu, bermulalah konflik perkauman dan keagamaan yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya Rusuhan Natrah pada 1950 di Pulau Singapura. Hal ini berlaku apabila, ayahnya mula menuntut hak penjagaan natrah setelah beliau dilepaskan oleh pihak jepun sewaktu tentera amerika menyerang peabuhan hiroshima dan nagasaki di bumi matahari terbit tersebut.
pada masa yang sama, che aminah telah meminta bantuan peguam encik ahmad ibrahim untuk mendapatkan semula hak penjagaannya kerana khuatir dia akan menukar agamanya selain daripada islam yang telah dianutinya. akhirnya, encik ahmad dikenali sebagai tokoh yang disegani kerana telah berjaya membawa kes tersebut dan menjadikan hak penjagaan natrah kepada che aminah. setelah itu, natrah pada usia 13 tahun telah berkahwin dengan mansor adabi, seorang peguam dan guru. disebabkan berlakunya pertikaian antara undang-undang perkahwinan belanda dan juga hak penjaga ke atas anak-anak berstatus belanda, akhirnya natrah telah dibawa dan diserahkan kepada pihak belanda. di sinilah, kejadian yang paling mengejutkan telah berlaku. dia telah memeluk agama kristian, menjadikannya seorang yang murtad daripada agama Islam.oleh itu, berlakulah rusuhan di singapura pada 1950 berkenaan peristiwa yang mengubah persepsi masyarakat mengenai kepercayaan natrah yang kian rapuh ekoran berada berjauhan daripada keluaraga angkatnya di Terengganu dan juga suaminya, mansor adabi.
setelah itu, natrah telah memutuskan ikatan perkahwinan dengan mansor seterusnya mengahwini johan gerardus kerana telah mengetahu bahawa mansor akan berkahwin dengan zaiton jahuri, iaitu anak muridnya. beberapa tahun berlalu, akhirnya natrah dituduh cuba membunuh suaminya ekoran penyakit sakit jiwa yang dihidapinya. sungguhpun begitu, pihak belanda menafikannya kerana ingin menutup keaiban mereka sendiri. selepas itu, beliau telah berkahwin dan bercerai dengan tom ballermans sebelum berhijrah ke bumi amerika bersama pasangannya ben pischel, tanpa mendirikan rumah tangga.
pada tahun 2009, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di tanah air belanda setelah bertahun-tahun bertarung penyakit leukimia yang dihidapinya.
pada pendapat saya, natrah tidak sepatutnya menukar agama kerana dia sudahpun mendirikan rumah tangga dengan suaminya secara rela dan seterusnya menjadi warganegara tanah melayu. namun disebabkan oleh sikap rakus belanda yang sentiasa ingin melihat agama islam yang diasaskan nabi muhammad saw dalam kejatuhan, maka mereka melaku perkara yang sedemikian. aku secara jujur berpendapat pihak malaya boleh memujuknya, tapi apakan daya, takdir illahi menentukan segalanya, cuma pa yang boleh kita harapkan adalah supaya ikhtibar natrah ini mampu menjadi kesan yang mendalam kepada setiap insan yang memahami wanita yang masih dalam pencarian akidahnya di muka bumi yang fana ini.
p/s: teater natrah yang ditayangkan di ib sudahpun memasuki musim yang ke dua. sungguh seronok kerana banyak pengajaran dan ikhtibar yang dpat diambil daripada peristiwa yang melibatkan kaum dan akidah wanita kaukasian ini.