Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Thursday, December 9, 2010

Maal hijrah dan setahun itu

susah untuk aku katakan, masa berlalu dengan begitu pantas. salam maal hijrah buat semua warga islam di seluruh dunia. sesungguhnya, masa itu memang begitu pantas berlalu tanpa kita sendiri menyedarnya bahawa kita telah melakukan suatu lagi perbuatan syaitan, iaitu membuang masa dengan begitu sahaja. sebagai pelajar pasum, tiada lagi istilah main2 bagi semester kedua ini. minggu ini akan aku lalui dengan tabah supaya aku dapat memahami segala perkara yang telah aku pelajari di pasum.
pertama sekali, teater natrah memang begitu mengagumkan. one work i can say is that, marvellous. sebabnya, bukan mudah untuk melakukan segala pergerakan dan percakapan secara langsung tanpa melakukan sebarang kesilapan yang dapat dijejaki oleh penonton yang menghadirkan ke diri ke pentas terbaik di asia, iaitu ISTANA BUDAYA. Kesan visual dan props yang memaparkan bagaimana akhirnya Natrah membuat keputusan untuk memilih agama yang diinginya kerana dia sudah dipaksa dan berada dalam kebuntuan, dek kerana ibubapa belandanya yang begitu konsrvatif dalam pegangan katolik mereka, sedangkan cik aminah begitu ingin memperjuangkan hak natrah yang dahulunya sebagai seorang muslim.
peperiksaan spm baru sahaja melabuhkan tirainya. hal ini mengingatkan aku sebagai seorang warga SERATAS yang telah menghabiskan peperiksaan kimia kertas 3 pada 8/12/2009. hari selasa, tepat pada pukul 1530 berakhirlah segala pengorbanan selama dua tahun menuntut ilmu di bumi warisan taiping. aku ingin mengulang kembali saat ke ts, outing, bbm, puan rahimah(our pengetua cemerlang jusa c) dan of course debate hksbp dan sayembara puisi dan lagu. piano yang aku sayangi itu kini akhirnya ditinggalkan di bilik muzik sekolah ku di taiping. piano itulah yang mendekatkan aku dengan dunia muzik pop yang berentak patriotik dan balada serta diiringi vokalis yang mantap iaitu kak al, dahlan dan fatin adibah. serta tidak lupa kepada senpai syahir yang begitu mahir bermain flute-aku nak belajar alat muzik ni satu hari nanti-.
ahli pembahas bm dan bi, aku sudah kehilangan darimu, tapi yang pasti kita semua akan berjuang supaya suatu hari nanti piala perdana menteri itu bakal bertandang jua ke bumi taiping. kenangan di uia, gombak sememanganya tidak dapat dilupakan. memang susah nak tinggalkan apa yang kita minat, lebih2 lagi kalau bidang tu memang ada kena mengena dengan muzik. sentuhan piano itu semakin melesap jauh dari aku, sedangkan diri aku memberontak inginkan jari-jemari itu menekannya kembali. sabaralah, lepas habis pasum ni, aku nak main piano puas2, sambil belajar lagu pop,rnb, soul, nasyeed dan lain2. nak jugak belajar violin dan flute kalau diberi kesempatan. sesungguhnya bahasa perancis memang aku minat, cuma aku tak belajar dari awal, maka ketinggalanlah aku.
for spm 2010 seratasian, gud luck for the result, hopefully this batch will bring the glory of seratas to the eyes of malaysia. seratas no 1 spm??? tak mustahil asalkan diorang kena pulun habis-habisan.
sem 2 pasum, i need to be stronger. jangan biarkan diri mengalah. yang penting adalah usaha doa dan tawakal. aku juga kagum dengan pelajar terbaik spm 2009, gladys. walaupun dia non muslim, dia pernah menyatakan bahawa dia begitu rapat dengan pegangan agamanya dengan mengunjungi gereja [ada setiap minggu. maksudnya di sini, sebagai islam, kita pun kenalah berusaha pada masa yang sama mendekatkan diri dengan ilhai kerana kalau pandai mana sekalipun tetapi tidak ada pegangan iman yang mantap, x guna juga kepandaian itu. lama-kelamaan kepandaian itu pula yang akan membinasakan dirinya.
p/s: rindu spm 2009. masa ni aku duduk tepi izwal depan bapu, belakang amza. luqman hadi(kp seratas 2009) ada depan izwal. walaupun dah jumpa dengan hanif, naim, izwal, luqman dan lain2, still perasaan dan susasana tu tak sama dengan sewaktu berada di bumi seratas. plus, sbp aku bukannya top mcm saser,asis(dulu nak masuk skolah ni) dan intergomb. kiranya sbp biasa jelah. huhu