It is the time of the year where I share the precious moments that I have over the years. For this year, it was somehow different that the previous year. But first, I would really like to speak in Malay for today's post.
Aku memikirkan untuk menukilkan kenangan Ramadan aku pada tahun lepas kerana tahun lepas lah merupakan ujian ramadan yang sebenar2 kepada diriku. Oleh itu, aku merasakan lebih baik untuk aku menerangkan setiap perkara yang berlaku dalam temoh tersebut.
Tahun lepas, cabarannya amat berbeza. Bayangkan, buat fieldwork FYP di tengah2 panas dan siang waktu bulan puasa. Bukan sehari dua, tapi lebih daripada 5 hari rasanya buat fieldwork masa tu. Mujurlah ada peneman dan rakan taulan di sebalik itu semua.
Ceritanya bermula lebih kurang macam ni. Aku dan beberapa rakan yang lain memilih untuk melakukan FYP di Semester 2 dan 3, berbanding pelajar-pelajar lain yang buat semasa semester 1 dan semester 2. Pada mulanya, aku dah tau dari awal yang bulan Ramadhan 2014 memang akan jatuh pada bulan Jun dan Julai, tempoh yang sama aku akan berdepan dengan Seminar dan Viva dan juga Report Submission.
Namun, ianya tersasar dari study plan yang asal. Kononya, segala fieldwork akan disiapkan sebelum puasa, namun akhirnya terpaksa meleret ke bulan Ramadan. FYI, tajuk aku adalah Resistivity Survey. Walaupun nampak mudah, namun ia sebenarnya agak sukar untuk Pure Geologi student macam aku ni.
Kenangan melakukan fielwork di Putrajaya dan di Johan Setia akan sentiasa diingati sehingga bila2. Bagi aku, itulah pertama kali membanting tulang di bawah cahaya matahari terik, dan dengan keadaan yang berpuasa, aku berasakan macam mahu saja qada puasa pada hari itu kerana sudah terlalu dahaga dan haus. Yang paling menyedihkan, apabila melakukan fieldword, perkataaan "Error" yang sering terpampang di skrin mesin tersebut menyebabkan aku berasa semakin fed up dan ingin menyerah kalah sahaja.
Itu belum masuk lagi Reader yang bagi aku "krik"2. Sori Dr Sam, tapi awak agaknya terlalu kasar untuk student lelaki dan awak tak boleh assume semua orang sama dari segi IQ dan knowldege. Bukan berniat nak kurang ajar, tapi saya rasakan Dr Sam ni mcm terlalu bersikap kasar dan sebenarnya tidak langsung membantu keadaan yang sudah keruh.
Namun begitu, saya percaya Dr Sam mempunyai paternal sidenya yang tersendiri. Mungkin kerana aku jarang ke biliknya untuk bertanyakan sesuatu. Mungkin kaedah mendidik beliau agak unik berbanding yang lain, mungkin juga kerana faktor persekitaran beliau membesar. Kalaulah saya boleh tau segala sejarah hidup Dr Sam, mungkin saya akan lebih memahami kenapa dia bersikap sedemikian.
For my SV, Dr Islami sememangnya melayan segala karenah pelajarnya, dan bagi saya, saya memang banyak berhutang banyak dengannya. Mungkin satu hari nanti, saya berharap sangat dapat makan bersama2 dengan dua Dr ini dan juga Dr aftab, seorang lagi readerku.
Namun begitu, semua ini terbalas apabila aku berjaya mendapatkan A- untuk FYP aku ni. Aku sendiri berasakan aku tidak layak dianugerahkan A-, SEWAJARNYA hanya B+ dan ke bawah kerana banyak benda atau masalah yang aku hadapi dalam FYP ni. Ditambah dengan seminar yang suam-suam kuku dan viva initial dan final yang juga samar2 dan terlalu stress untuk dihadapi kerana ternayata aku tidak layak untuk mengambil FYP sebegini rupa.
Tak lupa juga semasa habis fielwork pada suatu hari, kononya saya dan kawan2 ni ingatkan sempat nak balik ke KL, akan tetapi tak sempat pun. Kenangan yang tak boleh lupa apabila sudah masuk waktu maghrib dan kitaorang masih tercari2 mana vending machine yang ada sediakan air manis. Last2, tuju balik ke tempat aku buat fieldwork. Memang x boleh dilupakan saat tu.
Selain tu, aku x akan lupa pengalaman naik jeep lama milik kawanku yang meredah pelbagai jalan yang berliku2 dan kadang2 sampai tersekat pun ada. Maaflah tapi kalau aku pakai kereta family aku memang aku x boleh pakai pun. All in all, bulan ramadan pada tahun lepas banyak mengajar aku tentang erti kesyukuran dan menghargai masa kerana dua nikmat itu hanya akan dirasai apabila kita kehilangan kedua2nya.
Berbuka pun hanya di bilik tesis kerana sudah ketiadaan bilik pada masa itu, namun nikmat itulah yang aku gunakan untuk menghargai segala benda yang ada dalam hidup ini.
Dan sekaran, Ramadan 2015 sekali lagi menjelma dan sudah setahun peristiwa tersebut berlalu. Semalam aku terfirkir di dalam benak sanubariku. Aku dihadapi dengan pelbagai ujian dari dulu sampailah sekarang. Cukup dengan aspek masa depan dan turning point hidup aku sahaja. Aku ambik time frame 2010-2015.
Bermula 2010, aku sudah diuji dengan kegagalanku untuk mendapat biasiswa Jpa atau mana2 biasiswa untuk belajar ke luar negara selepas SPM. Salah satu fakornya adalah result spm aku yang terlalu average dan biasa untuk dibandingkan dengan calon-calon lain yang jauh lebih hebat. Pada tahun 2010 juga, aku muntah dan pening semasa peperiksaan Mid Semester 1 di Pasum, sehinggakan aku terlepas satu subjek daripada mendudukinya. 2011, aku diuji sekali lagi apabila aku gagal untuk medapat kursus perubatan yang menjadi impian ramai. Mungkin disebabkan aku gagal mendapat 4 flat. Dan bermula dari 2011-2015, aku gagal untuk mendapat Anugerah Dekan kecuali di semester terakhir. Dan yang terbaru, 2015 juga diiringi dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di sektor Awam dan swasta yang established. 5 tahun sudah cukup mengajarkan erti kekecewaan dan kedukaan yang begitu perit untuk ditelan.
Namun, aku berpegang pada prinsip hidupku, untuk setiasa berusaha dan tidak pernah menyerah kalah walau apapun yang berlaku kerana aku pasti di sebalik setiap kesedihan pasti ada sinar harapan yang akan mendatang. Untuk itu, aku hanya perlu berusaha dan berdoa sesungguhnya untuk mendapat apa yang terbaik untuk diriku di samping belajar segala kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.
No comments:
Post a Comment