Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Sunday, October 30, 2016

Malaysia Housing Ownership aka Pemilikan rumah di Malaysia


Allow me to blog in Malay and English this time, or else my Malay will be hugely degraded over the time.

Disclaimer: Memandangkan penulis adalah daripada latar belakang Sains Tulen dan bukannya dari Ekonomi atau Kewangan, maka segala info dan maklumat yang diberikan mungkin tidak benar dan kurang tepat pada aspek literal dan kontekstual. Maka diharapkan pihak pembaca dapat memberikan penjelasan yang sebenar berhubung apa-apa perkara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isu yang begitu mudah. Rumah atau dalam erti kata lain pemilikan rumah. Kerap kali kita mendengar isu pemilikan rumah di media massa dan corong radio melibatkan bukan hanya golongan bawahan atau B40 malahan golongan kelas pertengahan M40 di negara kita.

Untuk makluman, saya ada terbaca mengenai artikel pemilikan rumah di Malaysia daripada laman web BNM beberapa hari yang lepas dan juga beberapa jam yang lepas. You know what? 

More than 50%  houshold atau isi rumah di Malaysia masih belum mempunyai aset kekal (Kekal sebab rumah bukan boleh dipindah secara fizikal macam kereta atau smarthphone) ini, Alasan mengapa mereka tidak mempunyai rumah adalah mudah. 

Pertama, mereka mempunyai pendapatan daripada pekerjaan akan tetapi pihak bank tidak memberikan pinjaman perumahan kepada mereka. Gaji yang terlalu rendah dikatakan salah satu punca mengapa pihak bank akan menolak permohonan pinjaman pada peringkat awal.

Kedua, harga rumah terlalu MAHALLLLLLL!!!!!!!. Kita semua sedar bahawa harga rumah pada masa dulu dan sekarang adalah ibarat langit dan bumi. Sebagai contoh, kalau dulu (20-30 tahun yang lepas) rumah teres di lokasi A cuma RM 100,000 ,sekarang rumah yang sama pada tahun 2016 sudah mencecah RM 700,000. Kenaikan melebihi 100%. See? Belum kira rumah semi-D yang sememangnya sudah mencecah RM 1 juta ke atas di kebanyakan lokasi di  Lembah Kelang.

Oleh itu, banyak diskusi atau perbincangan meja bulat diadakan antara pihak institusi kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Khazanah Research Institute, pihak pemaju perumahan, dan agensi dan persatuan pemaju pembinaan seperti REHDA dalam tahun-tahun belakangan ini.

But you guess what, sudah banyak polisi sebenarnya telah dijalankan dan sudah banyak inisiatif yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Bajet Tahunan untuk memastikan isu ini tidak akan berlarutan dan mengakibatkan masalah yang lebih besar kepada negara.


  • Antaranya, Pr1MA, PPRT, Selangorku dan pelbagai projek perumahan kos rendah dan sederhana telah dibangunkan but still masalah ini masih berlaku. 
  • Pengurangan cukai RGPT (Real Gain Property Tax) yang bertujuan untuk mengurangkan kos pembelian rumah serta pelbagai lagi pengurangan yuran yang berkaitan dengan pembelian rumah pertama.


Kenapa?

Dalam hal ini, mungkin banyak lagi "underlying factor" yang menjadi penyebab kepada isu pemilikan rumah ini.

Despite semua effort yamg dilakukan, the average price of a property akan meningkat saban tahun atas alasan kenaikan harga bahan binaan seperti simen, pasir dan batu bata.

Semestinya, para spekulator pasaran juga menjadi penyumbang kepada kenaikan harga hartanah di Malaysia sejak bertahun lamanya. Mungkin dasar sedia ada membolehkan orang yang sudah sedia berharta dan kaya mampu untuk membeli hartanah dan membelinya untuk tujuan pelaburan dan bukannya untuk kediaman pertama atau kekal.

Yang pasti, I will be talking more regarding this topic in next posts to come. Ini akan memberi lebih banyak input dan penekanan terhadap pelbagai aspek dan faktor yang mempengaruhi harga rumah di pasaran.



p/s 1: Ulasan Bajet 2017 akan dipost dalam masa akan datang. Selewat-lewatnya pertengahan November 2016
p/s 2: Isu pemilikan rumah akan lebih menjerumus dengan lebih spesifik dalam minggu-minggu mendatang.

No comments:

Post a Comment