Satu nasihat sahaja yang bakal aku akan katakan. Jangan pergi semula ke China. Memang di sana, budaya membeli paksa dan memaki hamun dalam menawar harga sangatlah terkenal.
Selalunya, jika kita melancong menggunakan khidmat agen, sudah pastinya kita akan lebih banyak menghabiskan masa melawat tempat bersejarah dan lokasi yang amat indah untuk dijadikan kenangan bergambar. Walau bagaimanapun, that is not the case in China.
You name it, semua syarikat menggunakan modus operandi yang sama. Kedai Teh, Kedai Jed, Kedai Buluh(Tilam), Kedai kompleks membeli belah yang menjual harga terlampau mahal dan banyak lagi. Mereka akan menyapa di depan pintu, dan kemudian menyuruh anda masuk ke dalam satu bilik tertutup dan pekerja syarikat tersebut akan memberi penerangan satu persatu mengenai produk yang ditawarkan.
Jika mereka gagal menjual untuk percubaan pertama, mereka akan cuba untuk menjual sesuatu yang lebih murah supaya akhirnya seorang pembeli akan tetap membeli produk tersebut.
P/s: Studi terlebih dahulu berkenaan negara yang bakal dilawati supaya setidak-tidaknya kita tahu apa yang boleh dielakkan di sana.
No comments:
Post a Comment