Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Wednesday, June 23, 2010

Akhirnya


Akhirnya, dapat jugak aku cari senarai budak2 SBP yang menduduki SPM pada tahun 2009 yang lalu. Memanglah, nasi sudah menjadi bubur, Apa salahnya, sekadar nak lihat prestasi yang lalu. Sekurang-kurangnya menjadi satu pendorong semangat untuk berjaya. Untuk buat menjadikan lebih ringkas, keputusan SPM bagi kesemua 54 SBP menunjukkan prestasi yang memuaskan. Tapi kalau nak dibandingkan SERATAS dengan SASER, ibarat langit dengan bumi lah. Jauh bezanya. Manakan tidak, SASER ada 131 orang straight a, SERATAS cuma 11 orang sahaja. Beza antara 120 orang kot? Tapi, ada satu perkara yang menarik minat aku. Setahu aku, budak2 lelaki ni sering dikaitkan dengan pelajar yang malas, nakal dan suka main-main. Tapi, mcm mana SASER boleh mengetepikan semua pandangan dan persepsi itu? Pada pendapat aku, mungkin ada kena mengena dengan sistem pentadburan dan organisasi sekolah itu sendiri. Jika elok sistemnya, maka eloklah hasilnya. Maka, tak hairanlah SASER boleh dapat no 1 bagi SPM 2009 seluruh Malaysia. Memanglah, orang selalu berkata, itu cuma SPM, lepas SPM, keputusan tu dah tak guna dah, sekadar tiket nak masuk ke universiti sahaja. Tetapi, aku berasa SPM lah yang paling bermakna dalam hidup seseorang kerana dengan SPM, seseorang itu, akan menuju matlamat hidupnya setelah 11 tahun di alam persekolahan. Bukan mudah untuk mencapai semua A+ bagi semua subjek dalam SPM 2009, asalkan ada usaha dan daya gigih yang berterusan.
Kalau boleh, aku ingin mengubah kembali keputusan aku, agar dapat mengubah masa depanku yang akan aku lalui kelak. Bukannya aku tak bersyukur dengan keputusan 'straight a's' ni, cuma aku tahu aku boleh buat lebih baik daripada ini. Malah, aku bersakan aku mampu untuk mendapat 10A+ sekiranya aku benar-benar fokus dalam matlamatku. Tapi nak buat macam mana, dah tersasar sikit(5A+,4A,1A-), itupun aku tetap bersyukur kerana keputusanku tidak terlalu teruk berbanding orang lain, dan masih ditawarkan biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara dalam bidang yang aku minati. Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua, mungkin aku kena pulun lagi dan lebih berusaha untuk mendapat 4.oo(seperti kata orang) untuk memudahkan seseorang itu untuk mendapat tempat di fakulti per......n di Universiti Malaya ini. APAPUN yang berlaku, aku tetap percaya, ini adalah yang terbaik untuk HAMBANYA, kerana kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya.

p/s: SASER-131/218
KISAS-97/280
SAMURA-136/352
INTERGOMB-69/170
ASIS-102/264

Ini semua sbp-sbp yang hebat. Takdelah mcm SERATAS, selalu bottom 10. Tapi tak mengapa, mungkin satu hari nanti, SERATAS akan mengambil kembali takhta itu untuk SPM dan PMR seluruh Malaysia. Once a SERATASIANS, always a SERATASIANS.

Saturday, June 19, 2010

My current life

Thinking the fact that I now occupy in Univesiti Malaya or exquisitely known as MU (Malayan University) had made me a little confused of what I am actually doing here for the following years of my life. So, here I am, writing this post on the morning of Saturday. Seriously, a lot of Asasians had left for home and their respective places. That was why I could not hear much from the roars and maniacs that they put in World Cup 2010 in the dewan makan of 12TH College. Oh lupa nak bagitahu. Dalam minggu keempat ini, ramai juga kenalan-kenalan saya yang sudah keluar meninggalkan bumi UM kerana mereka memilih sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka. Sudah menjadi rezeki diorang nak dapat overseas scholarships, so there is no right to deny about it lah. Faizal dah blah, for Architecture in Australia by JPA, Harith went for Dentistry also in Australia by JPA and Zuhaili had gone to UNITEN for Electrical Engineering by TNB. Frankly to say, many of the Asasians had left without notice because it just had been 4 weeks staying here, for the Asasi Programme in Universiti Malaya.

Let me make it a clear statement. Syukur alhamdulillah, everything remained on the right track. I just got my offer from JPA for PIDN, which means that JPA will sponsor me until the degree programme, if I at least score 3.5 and above during my one-year-programme in UM. Eventhough tak dapat untuk luar negara, I always believe that GOD had the best choice for my life. Dalam erti kata lain, benda yang kita dapat ni, benda yang terbaik untuk kita dan ada hikmah di sebaliknya. As far as concern, I had not written this post for quite long. It would be probably due to the fact that it is on the fourth week, meaning that all the tutorials, practicals and lectures, all of them occur this week. Oh god, terlalu penatlah. Tak mengapa, yang penting ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu kerana Allah dan untuk menyebarkan syiar Islam di Bumi ini sebagai khalifah Islam. THAT sounds big, but that is the fact that all muslims should adhere to. Even if we get straight 4 flats and strings of a's, it does not mean that the person would get the blessings from Allah swt if that person don't even put his conscience as honestly as possible in his life.

Back to UM, OH!!!. Rupa-rupanya, saya terjumpa seorang senpai aka senior AAJ yang ada minat yang sama mengenai muzik. This senpai is more to wind orchestra, where as I am more to classical piano. We just chatted along through the night, just talking about the passion for music, tapi banyak merepek jugaklah. What ever it is, I feel great to meet new friends and people as I got to know more about them and their life as well. Just untuk broaden my networking aka saya pun tak faham sangat apa bendanya social networking ni.

Lagi satu, kerja amali and tutorial is so extreme in quantity, meaning that a lot of works are given in this week, compared to last weeks and before, this week is the most hectic so far. Bayangkan, from 8 am to 5 pm, Monday to Friday for 10 months, it is a great challenge for everyone. Bukan apa, kat sekolah dulu, mana ada sistem kuliah, amali, tutorial dengan kelas sampai petang ni. Masa dekat Seratas pun, takdelah rasa susah sangat macam sekarang, eventhough in Asasi we only learn 4 subjects and in Seratas we took up to 10 subjects for everyone there. Physics is extremely difficult to comprehend, Chemistry requires time to memorize all the concepts and stuffs, Biology is another memorizing subject and last but not least, Mathematics-to me I don't really like Maths even though it is easy to score. Malas nye nak belajar. Tak pe, just take the challenge and go for it.
Oh,oh oh, saya dapat tahu yang SERATAS dapat no 100 for KPI ranking in Malaysia. Thanks to juniors there, dapatlah jugak tahu sedikit sebanyak mengenai perkembangan kat SERATAS ni. Tapi sayang, bangunan baru macam kat atas, lepas form 5 tahun lepas dah blah, barulah nak siap lah, nak gunalah. It is somehow a reality that all of Batch 24 have to accept for. In a nutshell, I want to go back to my alma matter, not only SERATAS, but also KSAH,ISKANDAR and TAMAN RAKYAT. Without the teachers, I won't be be here today, being a Universiti Malaya student. Thank you, teachers. Dah alang2 ada masa ni, baik I make it a brief fact about SERATAS.
  1. Cluster school for the SBP category( dapatlah jugak, selepas 2 tahun penantian)
  2. Terletak di depan zoo dan depan Bukit Larut
  3. SBP yang paling lembab di Malaysia
  4. Pasukan WIND Orc dan Hoki paling menyerlah di sini
  5. PMR 2007-NO 9 in SBP ranking, 81/109 scored straight a's
  6. Currently, ada blok pentadbiran, makmal komputer dan asrama puteri yang baru
  7. Ada dua padang sekolah
  8. Low-profile SBP, BUT high profile puan pengetua
  9. Makin kurang lower forms, tapi makin banyak upper forms(banyak ambik form 4 intake
  10. TAKDELAH SEHEBAT SBP-SBP YANG LAIN
Banyak lagi yang nak tulis ni, tapi next time I think.
p/s: KSAH akan diceritakan untuk post yang akan datang.
"once a collegian, always a collegian"-sahc alor setar

Sunday, June 6, 2010

Akhir zaman


Salam kembali dari bumi UM.Sekarang dunia digempurkan dengan kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku di laut mediterranian. Apa yang boleh aku lakukan sebagai seorang Muslim adalah dengan berdoa dan melakukan sembahyang hajat serta Qunut Nazilah secara berjemaah agar kejadian penguasaan dua kapal bantuan oleh Israel Laknatullah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin. Belum lagi selesai dengan masalah di Palestin, remaja-remaja di Malaysia begitu leka dengan kegiatan mereka yang tidak berfaedah dan melalaikan terutamanya yang berada di sekitar Bintang Walk dan Bangsar untuk melepak sana sini dan bersosial dengan rakan-rakan tanpa mengira batasan agama dan syarak. Mungkin apa yang aku ingin katakan ini agak terlalu direct, tetapi aku harus katakan bahawa kebejatan sosial remaja Melayu Islam di negara kita semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu untuk dibendung lagi. Manakan tidak, masalah zina, buang bayi, merempit sana sini dan lain-lain sudah seakan-akan biasa dengan keadaan pada masa kini. Oh, apapun negara Malaysia akan hancur dan binasa sekiranya ada insan-insan sebegini yang bakal mentadbir negara pada masa hadapan. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu dan agama Islam? Mungkin pada masa akan datang, aku akan terangkan kemudian pasal hal ni.

p/s: Fikir balik berapa kali kita khatam Al-Quran, berapa kali kita puasa sunat dan sembahyang sunat dan qiamullail ? Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, June 2, 2010

MAC KSAH 2010

The study time begins. Ok, mula-mula nak studi pasal Chemistry (mass spectrometer), Physics(measurement and quantities), Mathematics(relation and interval) and absolutely no Biology for today. Wow, I need to really brush up my attitude so that I can finally master and grasp all sorts of topics in these critical and mind-boggling subjects. I went for a jog later this evening with my friend, circling around the UM property and its nearby location. Since UM is located on the hills of Lembah Pantai, I got the chance to look some of the high-rise buildings that are being built around the UM campus. To me, UM is not that small because I took almost 1 hour to jog and walk around the streets of the university. I definitely looked forward into doing this activity again in the future with my other friends. Being in UM, you need to be a fast and self-independent learner, beacause in today's world of globalization and modernization, everyone needs to be updated with all sorts of information in their mind so that they could compete with others in terms of academic aspects nor co-curricular perspectives.

Lupa nak bagitahu, semalam adalah hari anugerah cemerlang KSAH 2010,congrats kepada sesiapa yang pergi ke Dewan Iskandar untuk menerima hadiah daripada Sultan Kedah. As for me, the Hari Anugerah Cemerlang is scheduled in October 2010. I guess I have to study more rather than focusing on that day alone because I have so many things to keep in my mind as far as I concern.

Oh, for HKSBP KEBANGSAAN 2010 SCIPP, I don't ever think I can make it to Pasir Putih because I am to busy with my tutorial and practical soon. So, I can only wish them all the best for HKSBP this year. Most probably, I can come the following year. Rindu jugak sebab dah beberapa bulan tak berdebat, rasa dah lama terpisah. Begitu juga dengan sayembara dan dikir barat dan juga program GURU MUDA yang sudah lama berlalu seperti angin yang telah membawa debu kehilangan di awangan buat selamanya tanpa mengetahui di mana ia akan berakhir dan mendarat. Oh, that all I think from me. Kolej 12 memang agak best. Cuma kena pandai-pandailah jaga diri.

p/s: Ramai budak SBP dan MRSM di PASUM ni. Rasa-rasanya dalam 1360 orang ASASIANS, 900 orang adalah pelajar SBP dan MRSM. Nak buat macam mana, diorang pun tak dapat apa yang diorang nak, so campaklah di sini 900 orang ni.

Tuesday, June 1, 2010

PASUM 2010/2011

Salam kembali dari bumi UM. Today was a very interesting day for me as I got the opportunity to be back in the lecture hall or better known as DEWAN KULIAH UTAMA. EHMM....hari ni belajar biology(taxonomy), chemistry(atoms, molecules and bonds) dan physics(forces in atoms). Semuanya berjalan lancar. Cuma kena studi lebih sebab masa chemistry tadi, ada tak faham beberapa penerangan. Biaslah, lecturer-lecturer kat PASUM memang cepat pun mengajar. Nak tangkap pun kena cepat. Oh, mengenai Physics, aku dah mula memahami lebih pasal repulsive forces and compressive forces in atoms when there is presence of external forces, for instance our human arm bending and compressing a metal rod in order to change its morpholgical and physical structures. Menarik jugak pengajaran pada hari ini. Sekarang aku makin menyesuaikan diri dengan keadaan serba dunia baru di Bumi Universiti Malaya ini. Di sini, kami kena belajar Biology,Physics, Chemistry dan Mathematics. Yang peliknya, A-LEVEL Medicine dengan Matrikulasi KPM tak de pun ambik Physics kalau dah pilih kursus sains hayat ataupun yang ada kaitan dengan ala-ala bidang perubatan ni. Makanan dan minuman di sini sentiasa tersedia, cuma perlu bawa duit yang mencukupi sahaja. Perjalanan dari Kolej 12 ke PASUM tak sampai 15 minit pun. Sambil-sambil tu, bolehlah tengok Menara Telekom kelihatan seakan-akan Pucuk Rebung tu dari sini dalam perjalanan ke KULIAH, TUTORIAL DAN juga AMALI.LAGI satu,di sini everything has to be self-discipline, from the moment we wake up until the the moment we go to sleep. It is a daily routine that needs to be instilled intensively for another 11 months. Exam mid sem lagi 5 bulan, bolehla prepare banyak-banyak for this coming exam of the 1st semester in PASUM. Di sini juga aku berjumpa banyak kenalan lama, sama ada di SERATAS,KSAH, ISKANDAR dan juga semasa penyertaan pertandingan bahas UIA DAN HKSBP di samping program pendedahan kerjaya JPA, program eduquest camp semasa di UTP dulu.OKLAH, nak out dah. P/S: Novel The last Song dan gambar di Pusat Asasi Sains Hayat, Universiti Malaya. I really look forward to reading that novel because it has something to do with a troubling and miserable family, and yet all have the same feeling and passion for music, which ultimately reunites them back in a whole feeling and touching event. Teringin jugak nak tengok filem ni, tapi malangnya hanya ditayangkan di USA sahaja. Kalau nak pun, sekadar download jelah. Oh. Kat sini SERATASIANS ada Amin,Zuhaili,Faizal,Faez, Harith, Hazim,Aliff,Dz,Hasif, Dekna,Shidah,Alin,Sarah,Kesuma,Dayana, Adni, Akma. Budak Ksah pulak Ikhwan,Harith dan Naqiudin dan Fuzai. Budak PLKN Akif, Faiz dan Muaz. Budak Iskandar Faiz dan Izzat. Ramai lagi yang saya jumpa secara tak sengaja sebab duduk satu bilik sama dan satu kursus sama. Apapun, harap-harap batch Asasians 2010/2011 merupakan batch yang boleh diingati dalam sejarah penubuhan UM.