Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Sunday, June 6, 2010

Akhir zaman


Salam kembali dari bumi UM.Sekarang dunia digempurkan dengan kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku di laut mediterranian. Apa yang boleh aku lakukan sebagai seorang Muslim adalah dengan berdoa dan melakukan sembahyang hajat serta Qunut Nazilah secara berjemaah agar kejadian penguasaan dua kapal bantuan oleh Israel Laknatullah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin. Belum lagi selesai dengan masalah di Palestin, remaja-remaja di Malaysia begitu leka dengan kegiatan mereka yang tidak berfaedah dan melalaikan terutamanya yang berada di sekitar Bintang Walk dan Bangsar untuk melepak sana sini dan bersosial dengan rakan-rakan tanpa mengira batasan agama dan syarak. Mungkin apa yang aku ingin katakan ini agak terlalu direct, tetapi aku harus katakan bahawa kebejatan sosial remaja Melayu Islam di negara kita semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu untuk dibendung lagi. Manakan tidak, masalah zina, buang bayi, merempit sana sini dan lain-lain sudah seakan-akan biasa dengan keadaan pada masa kini. Oh, apapun negara Malaysia akan hancur dan binasa sekiranya ada insan-insan sebegini yang bakal mentadbir negara pada masa hadapan. Apa nak jadi dengan bangsa Melayu dan agama Islam? Mungkin pada masa akan datang, aku akan terangkan kemudian pasal hal ni.

p/s: Fikir balik berapa kali kita khatam Al-Quran, berapa kali kita puasa sunat dan sembahyang sunat dan qiamullail ? Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment