Akhirnya, dapat jugak aku cari senarai budak2 SBP yang menduduki SPM pada tahun 2009 yang lalu. Memanglah, nasi sudah menjadi bubur, Apa salahnya, sekadar nak lihat prestasi yang lalu. Sekurang-kurangnya menjadi satu pendorong semangat untuk berjaya. Untuk buat menjadikan lebih ringkas, keputusan SPM bagi kesemua 54 SBP menunjukkan prestasi yang memuaskan. Tapi kalau nak dibandingkan SERATAS dengan SASER, ibarat langit dengan bumi lah. Jauh bezanya. Manakan tidak, SASER ada 131 orang straight a, SERATAS cuma 11 orang sahaja. Beza antara 120 orang kot? Tapi, ada satu perkara yang menarik minat aku. Setahu aku, budak2 lelaki ni sering dikaitkan dengan pelajar yang malas, nakal dan suka main-main. Tapi, mcm mana SASER boleh mengetepikan semua pandangan dan persepsi itu? Pada pendapat aku, mungkin ada kena mengena dengan sistem pentadburan dan organisasi sekolah itu sendiri. Jika elok sistemnya, maka eloklah hasilnya. Maka, tak hairanlah SASER boleh dapat no 1 bagi SPM 2009 seluruh Malaysia. Memanglah, orang selalu berkata, itu cuma SPM, lepas SPM, keputusan tu dah tak guna dah, sekadar tiket nak masuk ke universiti sahaja. Tetapi, aku berasa SPM lah yang paling bermakna dalam hidup seseorang kerana dengan SPM, seseorang itu, akan menuju matlamat hidupnya setelah 11 tahun di alam persekolahan. Bukan mudah untuk mencapai semua A+ bagi semua subjek dalam SPM 2009, asalkan ada usaha dan daya gigih yang berterusan.
Kalau boleh, aku ingin mengubah kembali keputusan aku, agar dapat mengubah masa depanku yang akan aku lalui kelak. Bukannya aku tak bersyukur dengan keputusan 'straight a's' ni, cuma aku tahu aku boleh buat lebih baik daripada ini. Malah, aku bersakan aku mampu untuk mendapat 10A+ sekiranya aku benar-benar fokus dalam matlamatku. Tapi nak buat macam mana, dah tersasar sikit(5A+,4A,1A-), itupun aku tetap bersyukur kerana keputusanku tidak terlalu teruk berbanding orang lain, dan masih ditawarkan biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara dalam bidang yang aku minati. Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua, mungkin aku kena pulun lagi dan lebih berusaha untuk mendapat 4.oo(seperti kata orang) untuk memudahkan seseorang itu untuk mendapat tempat di fakulti per......n di Universiti Malaya ini. APAPUN yang berlaku, aku tetap percaya, ini adalah yang terbaik untuk HAMBANYA, kerana kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya.
p/s: SASER-131/218
KISAS-97/280
SAMURA-136/352
INTERGOMB-69/170
ASIS-102/264
Ini semua sbp-sbp yang hebat. Takdelah mcm SERATAS, selalu bottom 10. Tapi tak mengapa, mungkin satu hari nanti, SERATAS akan mengambil kembali takhta itu untuk SPM dan PMR seluruh Malaysia. Once a SERATASIANS, always a SERATASIANS.

No comments:
Post a Comment