hari ni, sudah tamatlah peperiksaan mid year yang dirasakan begitu lambat berlalu pada awalnya, sehinggalah hari ini terasa pula betapa cepatnya masa telah berlalu dalam seminggu. overall, aku mengharapkan bahawa keputusan mid sem ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. sekurang-kurangnya, mid sem kali ini x terjadi lagi kisah muntah semasa mid sem yang lepas. jadi, tekanan itu berkurangan sedikit untuk mid sem kali ini.
insya-allah semua a kecuali algebra yang rasanya dalam range grade of b.seminggu bercuti ni rasanya kena dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah supaya bila masuk lagi half semester ni, segala proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar. just because dah habis mid sem dan cuti seminggu, doesn't mean that we can relax aimlessly without taking the fact that final is only 9 weeks more.lagi in total, lagi 11 minggu nak berada di pasum ni, so perasaan nak habiskan pengajian di sini dengan jayanya semakin membara di hati semua pelajar asasi um.
yang pasti, aku kena practice lagu butterfly mariah carey dengan breakaway kelly clarkson. interestingly, both are great singers and song. mariah carey adalah seorang queen of vocal in r&b dan pop sementara kelly clarkson adalah pemenang american idol yang paling berjaya setakat ini. tak hairanlah, dia boleh menang pertandingan realiti nyanyian yang sememangnya semakin menarik setiap tahun berlalu. dua-dua lagi kena practice untuk dipersembahkan semasa malam emas di picc nanti. 5 /3/2011 di dewan banquet kalau x salah. takut kalau tiba2 buat salah masa main piano in front of 1300+ students and staffs. frankly speaking, x pernah buat performance seramai ini depan orang. paling ramai pun, masa kat sekolah, main depan semua pelajar di seratas yang terchinta dulu.
walaupun sekadar accompany vocalist untuk masa persembahan nanti, aku pun mestilah buat yang terbaik supaya tak ada masalah yang berlaku semasa event yang sebenar nanti di putrajaya international convention center, putrajaya. akhirnya, dapat jugak merasa makan dalam dinner hall di picc sebab masa hksbp kebangsaan dulu, x pergi pun sebab terlibat dengan sayembara puisi dan lagu peringkat negeri. agak sedih jugak tak dapat wakil debaters seratas dalam hksbp, tapi biarlah yang lepas itu berlalu dan janganlah pula mengulangi kesilapan yang lampau.
apa yang pasti, sedikit masa lagi untuk dihabiskan di pasum, jadi aku ingin mengenali nak membuat kenalan sebanyak yang mungkin di sini kerana kemungkinan besar tidak akan jumpa lagi di masa yang akan datang. kenangan menyertai debate semasa english week sememangnya akan mendorong aku untuk masuk habis-habisan piala diraja bahas antara ipt satu masa nanti. nak jugak masuk, dan simfoni orkestra um, aku nak jugak jadi ahli dalam orksetra ni, at least sebagai pianist ataupun percussionist. semoga cita-cita ini bakal direalisasikan pada masa depan supaya aku akan terus berjuang dan berusaha sungguhpun begitu banyak masalah yang berlaku pada masa yang lalu. macam dalam lirik hero nyanyian mariah carey, there is hero if you look inside yourself, you dont have to be afraid of what you are. lagu ni semangnya lagu penaik semangat bila kalau terasa dalam kesedihan ataupun tidak berajaya dalam sesuatu perkara. pokonya, dengan ada semangat untuk berjaya, sudah pasti kejayaan yang dinanti akan jelas terpancar pada masa hadapan.
P/S: PRACTICE MAKES PERFECT
AMER AZMI
BILIK KOLEJ 12
PUSAT ASASI SAINS
UNIVERSITI MALAYSIA