Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Thursday, January 20, 2011

kalau pindah sekolah

hari ni nak bercakap dalam bahasa melayu pulak , sebab memang dah rasa nak cakap dalam bahasa pujangga ni. kalau tengok post hari ini pun, pasal isu nak pindah sekolah, selalunya terjadi lepas darjah 6 atau tingkatan 3. sebabnya nak masuk sbp atau mrsm.
tahniah bagi sesiapa yang dapat tawaran ke sbp atau mrsm, terutamanya bagi pelajar tingkatan 4 yang sememangnya nak pergi sejak tingkatan 1 lagi. apa yang agak menariknya, adalah hakikat bahawa nak mendapatkan tempat ke sbp pun susah, apatah lagi kalau nak dapat sbp yang kita sendiri nak, kan? nampak sangat ramai yang memohon ke sbp ni memang sudah semestinya yang mendapat semua a, paling tidak pun 7A 1B, sebab itulah persaingan sememangnya sengit kalau nak masuk
akan tetapi, kalau tidak dapat tawaran ke sbp/mrsm, rasanya tak perlulah nak menyesal sehabisnya kerana sudah pasti ada sebab atau hikmah di sebaliknya. mungkin jugak ada orang yang lebih layak daripada kita sebab pemilihan ke sbp pada tahun ini(2011) memberikan keutamaan yang lebih kepada pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. jadi, tak hairanlah jika ada yang dapat semua a sekali pun masih tidak diberikan hak dan pilihan mereka untuk ke sekolah berasrama penuh ini.
kalau dapat, alhamdulillah bagi mereka yang dapat, sebab banyak yang boleh diperolah sebagai pelajar sbp, khususnya bidang akademik sebelum spm dan peluang selepas spm dari segi pendedahan biasiswa dan kerjaya pada masa kini. kalau dapat sbp premier atau mrsm bitara lagilah bertuah sebab memang akan ada penaja biasiswa(bank negara, spc dan lain2) untuk menaja pelajar ni selepas dapat keputusan yang cemerlang untuk percubaan spm. sebab itu, ramai pelajar sbp/mrsm yang belajar kat luar negara sekarang ni. peluang untuk duduk di sbp lain dan berjumpa dengan pelajar sbp lain juga terbuka cerah sekiranya melibatkan diri dalam pertandingan dan akitiviti ko-kurikulum seperti wind orchestra, hksbp dan sebagainya.
kalau x dapat, kemungkinan besar, banyak yang boleh kita dapat kat sekolah harian ni. sebabnya bila dah ada kat rumah, lagi senang nak tahu peluang2 selepas spm sebab komputer dan internet memang dah ada kat rumah. lagipun, pelajar2 terbaik spm datang dari sekolah harian , mcm gladys dan lagi pelajar2 top spm 2009 dan sebelumnya. peluang untuk menjadi pelajar terbaik kat sekolah itu juga agak tinggi sebab ramai yang hebat2 dah pun pergi ke sbp ataupun mrsm. kesimpulannya, setiap perkara itu ada hikmahnya. samalah keadaannya dengan biasiswa jpa/mara nanti selepas dapat keputusan spm. masa itu, lagi kuat persaingannya kerana sudah pasti beribu-ribu memohon biasiswa yang menawarkan tempat sekadar 1500 sahaja.
p/s: agak sedihla, kalau dah time form 1 apply, tak dapat tawaran sbp/mrsm. time form 4 pulak, lagi sekali sedih sebab tak dapat tawaran sbp/mrsm. mungkin kerajaan kena wujudkan beratus-ratus sbp/ mrsm baru dapat menampung permintaan pelajar-pelajar cemerlang ini.