Salam,
Kali ini, aku berpeluang untuk membuat post pasal salah seorang kawan sekelas aku masa di KSAH dulu. Dia tidak bukan adalah seperti di atas. Aku x berapa reti lagi nak buat post2 surprise macam scroll bawah2 , pastu baru tau sesuatu gambar atau post2 yang lain..HAHA...
Tetapi, ada sesuatu yang aku nak terangkan pada hari ini. Hari ini, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H,(kalau x silap), dia bakal menyambungkan pelajarannya di bumi Amerika Syarikat. Dalam bidang economy di universiti pennsylvania...seperti di atas tu....aku baru belajar dalam bidang blog ni...it would be a couple of years before i can really master in this blogging skill....
Jadi, dia akan fly dan meninggalkan kami, pelajar-pelajar di Malaysia ini...Dan salah seorang rakannya, telah membuat video ala2 farewell macam tulah...sempena pemergiannya ke bumi asing.Aku tahu dia ni pun seorang yang hebat masa dulu, cuma after SPM, dia dah berjaya secure schoarship MARA untuk sambung belajar dalam bidang ACTP(AMERICAN CREDIT TRANSFER PROGRAM) kat INTEC. wAH, pejam mata pejam mata,rupa-rupanya dah nak berlepas pun si najmi ni. Aku harapkan semoga dia bakal beroleh kejayaan di Amerika kelak. Lagipun, bukan senang untuk dapat peluang belajar di US ni, dahla universiti tu dekat dengan US, hmm, meronggeng pergi Manhattan, Times Square kat Big Apple lah kalau macam tu...Kena pulak masa cuti musim sejuk, winter kat New York memang best dan sejuk...bolehler memain salji puas2, x macam kat ICITY ataupun kat Genting.
Agaknya, hujan yang turun pada waktu aku taip post ni kat Alor Setar pun sudah cukup untuk menerangkan kesedihan semua kengkawan yang bakal menyaksikan dia berlepas di KLIA P pada hari ini. Apa yang boleh aku cakapkan, perjalan setiap orang adalah berbeza-beza, jadi sudah pasti laluan dan cabaran yang dihadapi setiap orang adalah berlainan sama sekali. Sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawai Najmi Nafis Najib bakal menyambung pelajarannya di bumi Amerika.
Sebagai penutup bicara, gud luck pada Najmi dan semoga mendapat Anugerah pelajar terbaik di universiti pennsylvania state tu nanti...4 tahun lagi, baliklah dia...kalau x sambung master lah....tapi rasanya kalau dah dapat peluang, kenapa nak tolak pulak kan? A HAPPY WELCOME, NAJMI TO THE USA...so, chase your American's dreams there.....mingling and be optimistic with the people there and yet retain your identity as a Malaysia, Kedahian, Malay and Muslim....
Gud luck.....:)
P/S: NEXT YEAR, lagi banyaklah post pasal budak2/kengkawan yang nak fly ni...boleh post banyak2....
AMER AZMI
MALAYSIA
:'(
ReplyDelete