Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Monday, December 26, 2016

Kembara dunia


For this post, I shall write in Malay as I feel it is utmost suitable to write in this language.

Perjalanan singkat di dunia ini sering memberi makna kepada kita bahawa kehidupan kita teramatlah singkat.

Bayangkan jarak antara azan dan iqamat. Begitulah hampirnya kelahiran dan kematian di atas muka bumi ini. Secara jujurnya, aku sentiasa memikirkan perkara ini selepas aku habis SPM di Taiping. Seringkali aku menyangka, "Sampai bila aku akan berada di dunia ni? Kalau nak diikutkan, orang yang dilahirkan 60-70 tahun yang lepas dah mula meninggal satu persatu. Mungkin lagi 50 tahun (anggaran dari umur 18 tahun sehingga ke 68 tahun), aku akan berada di dunia ni. Ah, alangkah pendeknya masa ni. Kenapa sekejap sangat?" 

Ya, itulah yang sentiasa bermain di benak fikiran sehingga ke hari ini (24 tahun, saat aku mula menulis post ini pada Disember 2016). Walhal, aku antara insan yang kerap kali membuat dosa kepada manusia dan juga kepada Tuhanku. Aku insan yang sangat lemah, manakan tidak ada sahaja dosa yang aku lakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Solat, dan ibubapa dan keluarga adalah antara dosa yang pernah aku lakukan, dan aku amat berharap aku tidak sekali-kali mengulanginya lagi. Nafsu diri yang membelenggu diriku sepanjang masa membuat aku kadang-kadang berkata, "Ah, tak palah, buat dosa sekali sekala boleh bertaubat.

Betapa ironinya diriku ini. Seorang insan yang mengingati mati pada masa yang sama masih boleh membuat dosa untuk merendahkan saham di akhirat. 

Tapi, aku tegar untuk sentiasa mengingatkan pada diriku, bahawa selagi hidup kita bukan di hujung nyawa, kita masih boleh melakukan sesuatu. Sesuatu yang dinamakan sebagai "Taubat". Perkataan yang mudah tetapi bukanlah semudah yang disangka. Kerana, mana mungkin seorang manusia bukan maksum boleh terlepas melakukan dosa.

Mungkin apa yang diperlukan dalam hidup kita adalah masa. Kita semua tahu masa yang berlalu takkan kembali walau sedetik, tetapi sedikit yang mendatang boleh diubah, Andai kita hanya sentiasa meletakkan Dia sebagai Yang Pertama dalam hidup kita.

Aku sentiasa ingatkan pada diriku, ya aku seorang pendosa tapi itu bukan bermakna aku pendosa sepanjang masa. Untuk tidak menjadi pendosa sepanjang masa, aku fikir, "Apalah yang akan jadi dengan diriku di alam barzakh dan akhirat kelak? Mahukan aku ke Neraka-Nya?"

Melalui persoalan itu, aku sematkan dalam diriku. Ya, mungkin kita tidak boleh 100% bebas daripada dosa dan silap, tapi dengan cuba menilai apa yang kita lakukan setiap hari mampu untuk menjadikan diri aku insan yang lebih baik sehinggalah ke hari terkahir aku di bumi.

Kita semua boleh berubah menjadi lebih baik, asalakan kita diberi masa.

No comments:

Post a Comment