Well, it is the last month of the year. It has been such a challenging and trying year for me and also to others. Let me continue in Malay, dah berkarat nanti asyik tulis dalam BI je.
Ada kejayaan dan ada kepahitan dalam 12 bulan bagi tahun 2016. Sememangnya, itulah kehidupan sebagai seorang manusia yang sentiasa diduga dari masa ke masa. Gov application, Masters, overseas, writings, etc.
Rezeki di hujung tahun, aku berjaya menjadi "Winner" untuk "Letter of the Month" bagi majalah Malaysia Airlnies, Going Places. Ingatkan tak akan dapat dah masuk dalam majalah tu, rupanya dapat jugak, alhamdulillah.
Mungkin aku kena masuk lebih banyak pertandingan dan peraduan menulis ni, sebab aku suka menulis dan membaca. Yup, aku suka membaca sejak sekolah rendah, walhal aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang sangat. Sebabnya aku suka baca artikel umum berbanding bacaan ilmiah atau akademik yang terlalu spesifik dan tak mungkin dapat difahami oleh orang biasa atau "laymen". Aku boleh menghabiskan sepanjang hari hanya dengan membaca buku, surat khabar, majalah dan media online untuk mengetahui tentang sesuatu perkara. Book hard core katanya.
2017 akan menjadi tahun yang lebih sukar, percayalah. Keadaan ekonomi yang tidak menentu, pemanasan global yang berturusan, krisis pelarian dan konflik peperangan di seluruh dunia, akan terus terjadi secara berleluasa.
Baru semalam aku menonton Years of Living Dangerously di saluran National Geographic dan kita secara tidak sedar sudah mengalami krisis kekurangan makanan dan perpindahan manusia yang berskala global di sesetengah tempat. Dokumentari tersebut sangat menarik dan sudah pasti aku akan menontonnya bagi episod-episod yang lain.
Pada hari ini juga sambutan Maulud Nabi dan Keberangkatan Pulang DYMM SPBA ke negeri Kedah setelah menjadi YDPA semenjak 2011. menjadikan satu-satunya YDPA yang dilantik sebanyak 2 kali sehingga ke saat ini.
Untuk penghujung 2016 dan seterusnya, aku akan pastikan minimum 24 post setahun akan dicapai kerana aku akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 post bagi setiap bulan.
Disebabkan aku begitu hardcore dalam kewujudan internet, aku cuba search apakah laman web Malaysia yang paling awal yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini, rupa-rupanya, laman web yang paling lama adalah laman web pelajar MCKK pada tahun 1996!!!!!!. Dan juga laman web matzakaria.com yang sudah wujud semenjak tahun 1998 masih aktif sehingga ke hari ini. Saya percaya bahawa laman web matzakaria antara laman web peribadi yang terawal wujud di Malaysia.
20 tahun yang lepas!!!! Sedangkan aku hanya mula menggunakan internet seawal 2001/2002? dan hanya aktif sebenar-benarnya pada hujung 2009. Aku mula digging sejarah internet di Malaysia kerana aku ingin tahu apa yang terjadi pada masa lampau.
😐
p/s: Doakan supaya aku dapat menjadi insan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.
Winner of the month. What else can you ask for? After this, there will be streaks of writing articles for the years to come |
No comments:
Post a Comment