Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Monday, January 9, 2017

25 tahun (Catatan ringkas)


Cukup sudah 25 tahun aku hidup pada tahun 2017. Masa untuk menyedari apa yang telah terjadi semenjak 25 tahun yang lalu. 25 tahun yang terlalu pantas.

Sekitar tahun 1992-1999, tidak ada banyak kenangan yang dapat diingati, kecuali kenangan membuat persembahan sempena Children's Corner di Pusat Belia Sukan di Stadium Alor Setar.

Namun, tahun 2000-2004 merupakan tempoh di mana banyak perkara mula membentuk diriku. Aku telah menjadi seorang Pengawas, Pengerusi Kelab Pancaragam (tapi x ada function sangat sebab baru ditubuhkan pada tahun 2004), dan semestinya memasuki Kumon (2003) dan Kedah Music (2004). Memang setiap minggu, hari Ahad, Rabu dan Khamis akan di"reserved" untuk pergi ke Kumon dan Music.

Pada tahun 2005-2007, aku mula menjadikan diriku lebih berani dengan menyertai beberapa pertandingan. Akhirnya, berjayalah jugak menjadi Juara Rimup Karom, Naib Johan Syarahan Peringkat Sekolah (3 orang peserta) dan menjadi seorang Pengawas. Aku berjaya mendapat Top 10 (dikira sebagai pencapaian tertinggi) dalam pertandingan esei edusmith daripada beratus peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Tahun 2008-2009, aku tinggal di asrama. Di sini aku mula mengenal dunia seni persembahan. Di sinilah aku mula membuat persembahan di sekolah bersama rakan-rakan dan berjaya menjadi Naib Johan Sayembara Negeri Perak 2008 (masih dikira kalah, walaupun tak lah teruk sangat). Dan juga muncul Naib Johan Debat BI Zon Utara SBP 2009.

Tahun 2010-2014, aku belajar erti dunia seni di samping berada di alam IPT. Pada tahun 2013, aku telah menjadi Johan Pertndingan Mencipta Lagu Korporat Kong Zi UM(masih dikira pencapaian tertinggi) dan Naib Johan Battle of the Band, di samping berjalan ke Taiwan sebagai peserta dalam program pertukaran pelajar.

Tahun 2015-2016, aku banyak mengenal erti hidup di muka bumi yang amat sukar ini. Aku bekerja sebentar di Kumon sebagai Assistant Instructor dan sambung belajar Master sebentar di ukm dan um sebelum bekerja. Tahun 2016 juga berjaya menyaksikan saya untuk mendapat set kopi percuma hasil daripada penyertaan penulisan kepada Majalah Going Places.

Tahun 2017 sudah bermula dan aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada seterusnya. Moga impian mendapat RM1 juta tercapai supaya aku dapat membantu keluargaku dan menggunakan sebahagian daripada wang tersebut untuk Francais Kumon yang ingin aku peroleh. Dan aku akan menyertai segala jenis pertandingan pada tahun 2017 dan seterusnya supaya aku mampu beroleh lebih banyak insentif hasil daripada penyertaan tersebut. Aku senaraikan apa yang aku harus lakukan bermula daripada tahun 2017;
  • Sertai segala jenis pertandingan yang boleh memberi faedah
  • Hantar karya penulisan kepada berita BM/BI dan majalah supaya dapat royalti/honorarium 
  • Berazam untuk menerbitkan buku dalam tempoh akan datang, baik fikyen atau bukan fiksyen/biografi

Aku sedar perjalananku masih tidak bersisa panjang, yang ada hanyalah masa yang semakin sempit diulit mimpi-mimpi manusia yang leka pada masa. Oleh itu, aku perlu pergunakan masa yang ada dengan sebaiknya supaya aku tidak akan menyesal walau sedetik cuma.

No comments:

Post a Comment