Sering kali kita selalu saja dengar,
Aku nak berjaya itu, nak berjaya ini, aku bercita-cita nak jadi sekian-sekian.
Tapi apakah maksud kejayaan sebenarnya?
Kejayaan yang hanya bersifat sementara? Atau kejayaan yang bersifat hakiki?
Jadi, itulah tujuan kita hidup untuk berbakti.
Supaya apa sahaja yang disumbangkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat selama yang mungkin.
Menyumbang kembali kepada masyarakat. Itu seelok-eloknya bagi setiap makhluk yang bergelar manusia.
Terpulang pada setiap individu untuk menentukan apa jua jenis sumbangan yang boleh diberikan pada masyarakat, asalkan ia memberi kebaikan bukan sahaja kepada orang ramai bahkan juga diri sendiri.
p/s: Akan menulis selagi mana yang termampu. Kerana jika aku tidak menulis, aku akan lupa segala kenangan lampau.
No comments:
Post a Comment