Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Friday, January 28, 2011

selesainya peperiksaan

hari ni, sudah tamatlah peperiksaan mid year yang dirasakan begitu lambat berlalu pada awalnya, sehinggalah hari ini terasa pula betapa cepatnya masa telah berlalu dalam seminggu. overall, aku mengharapkan bahawa keputusan mid sem ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. sekurang-kurangnya, mid sem kali ini x terjadi lagi kisah muntah semasa mid sem yang lepas. jadi, tekanan itu berkurangan sedikit untuk mid sem kali ini.
insya-allah semua a kecuali algebra yang rasanya dalam range grade of b.seminggu bercuti ni rasanya kena dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah supaya bila masuk lagi half semester ni, segala proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar. just because dah habis mid sem dan cuti seminggu, doesn't mean that we can relax aimlessly without taking the fact that final is only 9 weeks more.lagi in total, lagi 11 minggu nak berada di pasum ni, so perasaan nak habiskan pengajian di sini dengan jayanya semakin membara di hati semua pelajar asasi um.
yang pasti, aku kena practice lagu butterfly mariah carey dengan breakaway kelly clarkson. interestingly, both are great singers and song. mariah carey adalah seorang queen of vocal in r&b dan pop sementara kelly clarkson adalah pemenang american idol yang paling berjaya setakat ini. tak hairanlah, dia boleh menang pertandingan realiti nyanyian yang sememangnya semakin menarik setiap tahun berlalu. dua-dua lagi kena practice untuk dipersembahkan semasa malam emas di picc nanti. 5 /3/2011 di dewan banquet kalau x salah. takut kalau tiba2 buat salah masa main piano in front of 1300+ students and staffs. frankly speaking, x pernah buat performance seramai ini depan orang. paling ramai pun, masa kat sekolah, main depan semua pelajar di seratas yang terchinta dulu.
walaupun sekadar accompany vocalist untuk masa persembahan nanti, aku pun mestilah buat yang terbaik supaya tak ada masalah yang berlaku semasa event yang sebenar nanti di putrajaya international convention center, putrajaya. akhirnya, dapat jugak merasa makan dalam dinner hall di picc sebab masa hksbp kebangsaan dulu, x pergi pun sebab terlibat dengan sayembara puisi dan lagu peringkat negeri. agak sedih jugak tak dapat wakil debaters seratas dalam hksbp, tapi biarlah yang lepas itu berlalu dan janganlah pula mengulangi kesilapan yang lampau.
apa yang pasti, sedikit masa lagi untuk dihabiskan di pasum, jadi aku ingin mengenali nak membuat kenalan sebanyak yang mungkin di sini kerana kemungkinan besar tidak akan jumpa lagi di masa yang akan datang. kenangan menyertai debate semasa english week sememangnya akan mendorong aku untuk masuk habis-habisan piala diraja bahas antara ipt satu masa nanti. nak jugak masuk, dan simfoni orkestra um, aku nak jugak jadi ahli dalam orksetra ni, at least sebagai pianist ataupun percussionist. semoga cita-cita ini bakal direalisasikan pada masa depan supaya aku akan terus berjuang dan berusaha sungguhpun begitu banyak masalah yang berlaku pada masa yang lalu. macam dalam lirik hero nyanyian mariah carey, there is hero if you look inside yourself, you dont have to be afraid of what you are. lagu ni semangnya lagu penaik semangat bila kalau terasa dalam kesedihan ataupun tidak berajaya dalam sesuatu perkara. pokonya, dengan ada semangat untuk berjaya, sudah pasti kejayaan yang dinanti akan jelas terpancar pada masa hadapan.
P/S: PRACTICE MAKES PERFECT
AMER AZMI
BILIK KOLEJ 12
PUSAT ASASI SAINS
UNIVERSITI MALAYSIA

Thursday, January 20, 2011

kalau pindah sekolah

hari ni nak bercakap dalam bahasa melayu pulak , sebab memang dah rasa nak cakap dalam bahasa pujangga ni. kalau tengok post hari ini pun, pasal isu nak pindah sekolah, selalunya terjadi lepas darjah 6 atau tingkatan 3. sebabnya nak masuk sbp atau mrsm.
tahniah bagi sesiapa yang dapat tawaran ke sbp atau mrsm, terutamanya bagi pelajar tingkatan 4 yang sememangnya nak pergi sejak tingkatan 1 lagi. apa yang agak menariknya, adalah hakikat bahawa nak mendapatkan tempat ke sbp pun susah, apatah lagi kalau nak dapat sbp yang kita sendiri nak, kan? nampak sangat ramai yang memohon ke sbp ni memang sudah semestinya yang mendapat semua a, paling tidak pun 7A 1B, sebab itulah persaingan sememangnya sengit kalau nak masuk
akan tetapi, kalau tidak dapat tawaran ke sbp/mrsm, rasanya tak perlulah nak menyesal sehabisnya kerana sudah pasti ada sebab atau hikmah di sebaliknya. mungkin jugak ada orang yang lebih layak daripada kita sebab pemilihan ke sbp pada tahun ini(2011) memberikan keutamaan yang lebih kepada pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. jadi, tak hairanlah jika ada yang dapat semua a sekali pun masih tidak diberikan hak dan pilihan mereka untuk ke sekolah berasrama penuh ini.
kalau dapat, alhamdulillah bagi mereka yang dapat, sebab banyak yang boleh diperolah sebagai pelajar sbp, khususnya bidang akademik sebelum spm dan peluang selepas spm dari segi pendedahan biasiswa dan kerjaya pada masa kini. kalau dapat sbp premier atau mrsm bitara lagilah bertuah sebab memang akan ada penaja biasiswa(bank negara, spc dan lain2) untuk menaja pelajar ni selepas dapat keputusan yang cemerlang untuk percubaan spm. sebab itu, ramai pelajar sbp/mrsm yang belajar kat luar negara sekarang ni. peluang untuk duduk di sbp lain dan berjumpa dengan pelajar sbp lain juga terbuka cerah sekiranya melibatkan diri dalam pertandingan dan akitiviti ko-kurikulum seperti wind orchestra, hksbp dan sebagainya.
kalau x dapat, kemungkinan besar, banyak yang boleh kita dapat kat sekolah harian ni. sebabnya bila dah ada kat rumah, lagi senang nak tahu peluang2 selepas spm sebab komputer dan internet memang dah ada kat rumah. lagipun, pelajar2 terbaik spm datang dari sekolah harian , mcm gladys dan lagi pelajar2 top spm 2009 dan sebelumnya. peluang untuk menjadi pelajar terbaik kat sekolah itu juga agak tinggi sebab ramai yang hebat2 dah pun pergi ke sbp ataupun mrsm. kesimpulannya, setiap perkara itu ada hikmahnya. samalah keadaannya dengan biasiswa jpa/mara nanti selepas dapat keputusan spm. masa itu, lagi kuat persaingannya kerana sudah pasti beribu-ribu memohon biasiswa yang menawarkan tempat sekadar 1500 sahaja.
p/s: agak sedihla, kalau dah time form 1 apply, tak dapat tawaran sbp/mrsm. time form 4 pulak, lagi sekali sedih sebab tak dapat tawaran sbp/mrsm. mungkin kerajaan kena wujudkan beratus-ratus sbp/ mrsm baru dapat menampung permintaan pelajar-pelajar cemerlang ini.

Saturday, January 15, 2011

ppm history

ni adalah senarai pemenang bahas english ppm !!!

bebudak INTEC

SALAM semua, hari ini aku memang x menjangka yang 2 sahabat batch 24 datang ke kolej 12 untuk kononnya "tengok rujukan/buku di perpustakaan UM"-TAPI.... kalau nak masuk perpustakaan UM, bukan ke cuma pelajar yang ada kat matrik UM sahaja ker yang boleh masuk?? Entahla, aku tak tahu macam mana diorang nak pinjam kat tempat yang bukan semua orang boleh masuk tu.
Apa-apapun, Yanti ALM dengan Syadza AUSMAT datang ke KK12 untuk friendster punya makanan dan minuman kat situ. Secara jujurnya, itulah kali pertama aku beli makanan dan makan di situ, walaupun friendster tu dah lama dirasmikan. Thanks Syadza sebab belanja aku untuk Char Koey Toew yang agak sedap tu. Yanti, congratz sebab dapat atas 10 A level sem 1. Korang boleh pulun lagi lepas ni, kalahkan pelajar-pelajar cemerlang tertinggi kat INTEC tu nanti. Sori jugak sebab tak dapat ajak lelaki SERATAS yang lain sebab aku tau yang diorang agak susah punya nak datang turun bawah tu, walaupun sekejap, sebab semua orang ada hal masing2. mungkin selepas ni, KALAU ada perancangan yang lebih teliti, bolehla nak ajak semua budak seratas yang ada kat pasum ni.
GOOD LUCK for IELTS nanti yang nak ambik lagi beberapa bulan, sebab kalau x lepas IELTS tu, melepasla peluang ke overseas........ Aku doakan supaya University of Otago/Canterburry ada dalam pilihan ko nanti, Syadza. Kalau Naim , bolehla aku cakap just lulus jer, x payah skor tinggi-tinggi sangat pun. Kepada Yanti pulak, UCD dan RCSI adalah hebat kedua-duanya, cuma kalau dapat RCSI TU, title RCS tu lagi famous kot. ENTAHLA, ni pendapat aku sahaja, padahal semua tu sama jer standard sebab IRELAND memang dah bagus pun untuk kursus perubatan/medicine.
exam is next week, aku cuma takut algebra-series.taylor.maclaurin dengan fizik thermodynamics and magnetism sebab ni semua adalah subjek yang agak menakutkan since form 4 lagi!!!. apapun, pastikan buat yang terbaik, tutorial dan past years dan lecture notes kena direview banyak2 kali sebab aku kan slow learner, so kenalah lagi banyak kena exposed dengan benda akademik ni berulang-ulang kali sampai aku sendiri dah x larat nak tengok benda tu.
since my muet result was not so good-band 4, aku terpaksa menyerah pada qada dan qadar sahajalah sebab mungkin band 4 adalah yang terbaik untuk aku, walhal gce-o 1119-A1!!!!!
mungkin jugak no 4 tu ada kena mengena dengan GPA DENGAN CGPA untuk sem 2 punya exam..... sebab tu kena studi berlatih tubi ni, walaupun otak tak sehebat orang lain yang skali tengok jer, terus boleh ingat dan hafal untuk tempoh yang agak lama.

Saturday, January 8, 2011

seminggu lagi

seminggu sedah berlalu, maka sedikit lagu waktu sebelum bermulanya mid sem. i do hope this mid sem will give me the cheer that i had long been waiting for. apapun, berusahalah dan berdoalah dengan sebaiknya selagi ada masa ini.
well, i just wanti to say about the debate, of course. kalau x cakap pasal debate memang agak x kenalah. so untuk minggu english pasum 2011, the final english debate match was between 2 group of physical streams.
I could not remember thier group alphabetical order but i could say that the match that night was pretty decent.
motion: THBT goverment tax gives more benefits towards its people
gov: another fizikal group
oppo: the one that we lost in semi-final
the result: the motion falls (oppo wins!!) and surprisingly osman (1st speaker) was declared the best speaker for the final match. what a surprise because ghazli was much more qualified as he did bring the whole government argument to the bottom of the ocean. but, he did deserve too because his reply speech was very very remarkably outstanding and superior because he inserted the real flaws by the government during the match.
apapun, diorang deserved to win. as for the government, well done you guys because it was not bad after all. kalau gov betul2 beri penekanan kepada aspek kemjuan infrastruktur and education, i sure that gov would win somehow. tapi, debte was subjetive to be speculated.
enough about that, aku nak join lagi benda2 mcm ni sebab sememangnya debate akan membuka mata dan fikiran seseorang untuk berusaha mencari isi dan sebagainya, and most importantly, i did make acquaintance with the opponents and get to know them better. manalah tahu, satu hari nanti jumpa balik dalam apa2 event or majlis apa2.
p/s: siapkan soalan semua dan studi sampai puas hati. team star and sdar memang hebatla. rmc even hebat.


Tuesday, January 4, 2011

PIALA PERDANA UM

.okay, a new year has started.english week memang agak bestla. susahlah nak cakap sebab aku pun bukanlah best speaker. so aku nak cakap pasal pertandingan debate yang aku dan kumpulan n masuk.cuma satulah, kalau timing dia x sedekat dan sesibuk dengan final, aku x rasa akan aku sendiri ada masalah bila nak bercakap depan orang. but it was a memorable experience.
mula2 skali motion psl ni.
THBT video games cause behaviour problems
GOVERNMENT:Kami
OPPOSITION:Group AlAM Bina
Kami menang untuk motion ni sebab memang boleh jangka jugakla dengan persediaan yang melampau-lampau. Keesokannya,
THBT students should not involve in politics
GOVERNMENT:fIZIKAL
OPPOSITON: Kami
Keputusannya, kami kalah dengan sedihnya sebab aku rasa 1st ngan 3rd agak konsisten dalam percakapan walaupun x ada bukti langsung. Best sepaker untuk motion pertama adalah muni, while motion kedua ni adalah ghazali(memang dah agak pun), sebab tulah government memang dah rasa akan menang. aku rasa sebab aku x strongly rebut definition diorang dan gantikan dengan argument dan rasional kita sendiri. Kind a set, but who cares?? Kalau ni adalah HKSBP ataupun UIA, memang terasa jugakla kesedihan dan kekecewaannya. Tapi bila fikir2 balik, menang ke tidak untuk peringkat english week sebenarnya x sebegitu signifikan pun. Cuma, boleh kenal dan tahulah siapa yang pernah terlibat dengan bahas ataupun debate masa kat sekolah.
Aku kagum bila pembahas melayu boleh pulak cakap fluently dalam english, so kiranya diorang agak hebat jugakla sebab diorang menginterpretasi pemahaman mereka dalam bm kepada bi.
nanti, nak tngoklah final hari khamis kat dewan gemilang. apa yang aku dapat semasa pertandingan ni, it did teach us about the cooperation and sense of belonging in the group of debaters. tu agak bestla, sebab memang seronok dapat berjumpa dngan kumpulan debaters yang baru. selepas ni, aku mungkin nak jadi lebih baik daripada biasa, especially nak jugak jadi best speaker mcm yg menang hari ni.
officially, dapat 3rd place, semi-final. oklah kan. lagu satu peringkat jer, nak pegi dewan gemilang. so oklah tu. ada hikmah di sebalik ni semua. kalau muet dapat band 6, aku rasa itu adalah pengubat dan pengganti kepada pertandingan debate ni sendiri.hopefully, lah.
thank you aliff,muni(2011)-um
baapu,anne,jiman(2009)-seratas
tanpa korang aku x mungkin akan kenal the beauty of debating itself. kalau lepas ni ada lagi pertandingan debate, for sure aku x akan lepaskan peluang sebab aku nak buat yang terbaik sampai bila2 sebab there is no such thing as regrets in the past. semuanya ada hikmah dan kebenarannya. aku nak jugak jadi yang terbaik walaupun dalam jangka masa yang panjang.