Scholars in a nutshell

This section serves as a guidance for those who want to apply for scholarships especially for SPM leavers (excluding state-funded scholars like FELDA,YT,YS and MAIK because it is state-specific and not open to students from other states/non-FELDA)

PNB
BNM
Khazanah

Petronas
YTN
YTM
UEM
JCORP
Sime Darby

JPA
MARA
YPPB

If you want to know the amount of allowance of each scholarship, you would have to comment or dm on my post in this blog before I give you the access link to it.

Saturday, July 24, 2010

PUSAT ASASI UM/KOLEJ 12

OK, hari ini aku nak terangkan segalanya pasal PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR. Kalau nak tahu, semua pelajar ASASI dan RPKJ menginap di Kolej 12. Kolej ini sememangnya khas untuk pelajar ASASI dan RPKJ sahaja. Kalau nak adapun, pelajar Master/PHD/OVERSEAS STUDENT/ dengan pelajar DEGREE. ITUPUN tak adalah ramai sangat bilangan mereka sebab majoriti penghuni di sini adalah pelajar ASASI/RPKJ.

Bilangan pelajar ASASI lebih kurang 1300 orang, manakala RPKJ seramai 300 orang. Berbeza kan? Sebabnya, pelajar RPKJ tajaan JPA, walhal ASASI ada yang tajaan KPTM dan ada juga yang bawah tajaan JPA. Program ASASI adalah program satu tahun dan RPKJ dua tahun. Pelajar RPKJ kiranya stay lagi lamalah kat kolej 12 sebab mereka ni bakal belajar secara insentif untuk melanjutkan pelajaran ke program Ijazah di Universiti-universiti di Jepun.

Pelajar ASASI terdiri daripada pelajar ASASI SAINS HAYAT/FIZIKAL/ALAM BINA. Yang tak tahannya, program ASASI ni tak ubah macam RPKJ kat AMBANG ASUHAN JEPUN(AAJ), UM ni. Kelas bermula pukul 8.00 pagi dan habis pada pukul 5.00 petang. Isnin hingga Jumaat setiap minggu.Ditambah pula dengan SUBJEK2 KRITIKAL seperti KIMIA, BIOLOGI, FIZIK, CALCULUS DAN ALGEBRA. Seriously, memang memenatkan dan mencabar minda. Tutorial, ujian mingguan dan amali eksperimen sudah pasti ada setiap minggu. Sebab itulah, kalau nak masuk ke sini, kena siap sedia dari segi mental dan fizikal.

Yang agak peliknya, pelajat ASASI seakan tidak ada identiti tempat pengajiannya. SEBABNYA, kami semua macam menumpang dekat AAJ, sedangkan AAJ adlah untuk RPKJ( Rancangan Persediaan Khas Jepun). Tapi, tak mengapalah, nak tumpang setahun sahaja kat situ. Selepas tu, pelajar baru pula yang masuk di Kolej 12 dan Pusat Asasi UM tu.

Kami hanya dapat berehat sepenuhnya pada hari AHAD dan Sabtu. Itupun, macam kena studi jugak sebab terlalu banyak topik yang perlu difaham dan tutorial untuk disiapkan pada minggu itu juga. Memang mencabar dan meletihkan.

Di kolej 12, semua pelajar ASASI/RPKJ makan di situ untuk tengah hari/pagi/malam. Harga agak standard dan banyak pilihan. Kalau dah rasa muak, boleh pula pergi ke kolej 11 atau kolej 5 yang terletak berhampiran untuk makan di gerai situ. Kalau nak sembahnyang pula, surau sentiasa tersedia setiap hari. Memang ramai pelajar yg berjemaah, sampaikan aku sendiri rasa malas sangat nak pergi sebab terlalu ramai sampai tak cukup tempat nak sembahnyang. Kalau sembahyang Jumaat PULA, boleh pilih 2 masjid; Masjid di Akademi Pengajian Islam dan Masjid Ar-Rahman.

Kalau nak beriadah pula, gelanggang futsal,basket,kolam renang, ping-pong, tenis dan badminton dan lain-lain desediakan untuk main pada waktu petang setelah penat melalui satu hari yang amat padat dengan kuliah/tutorial dan amali. Cuma kena pandai2 jaga diri sahaja. Insya-allah boleh berjaya.Di sini juga ada kemudahan WIFI. bOLEHla guna internet selalu dan kelajuannya agak laju. Memang mudah untuk membuat sesuatu rujukan ataupun maklumat.

Kesimpulannya, Pelajar ASASI UM pun tidak kurang hebatnya. Kebanyakan pelajarnya adalah dalam golongan semua a dalam SPM dan majoriti daripada mereka bersekolah di SBP dan juga MRSM. Sekolah harian pun ada juga yang hebat mindanya dan cerdik akalnya. Dari segi lokasi pula, memang tidak dapat dinafikan UM adalah universiti yang paling strategik kerana terletak di kawasan Bangsar, Damansara dan berhampiran MID VALLEY DAN BANGSAR VILLAGE.

p/s: Tiada gambar yang dapat diuploadkan supaya dapat menjadi pendorong kepada semua untuk menjadi penuntu UNIVERSITI MALAYA. ILMU PUNCHA KEJAYAAN.

5 comments:

  1. hurmm,,,nicE Entry...
    btw, cnEr lak ngn yurn n byrn sgla bagai??

    ReplyDelete
  2. bayaran semua sekali adalah 500-600 ringgit.itu termasuk untuk minggu haluansiswa dan untuk penginapan/alatan di makmal. buku kena belilah...tapi seriously buku tak guna sangat kat asasi ni,kalau dah lecture note dah diberi(kena salin dalam dewan kuliah),cuma buku boleh beli untuk rujukan tambahan selain wifi um yang agak laju jugak untuk diguna di kolej kediaman ni..

    ReplyDelete
  3. tapi perlu diingatkan,ada dua penaja untuk pelajar asasi ni...pertama, kpt dan kedua, jpa. kalau jpa, korang kena bwak keluar duit dari akaun dengan menggunakan applikasi yang ada kat atm tu untuk bayar duit pengajian untuk semester 1 ngan sem 2. kalau kpt, korang x payah pikir nak pindah duit dari akauan sebab yang tu kpt yang uruskan....

    ReplyDelete
  4. lepas asasi awak plan ambik apa ya...

    ReplyDelete
  5. ermm,,nk msuk um kan kne ade ujian drah,,n,,kputusan ujian drah 2 maybe kluar 2@3 mggu lgi,,nk dftr 25/5 nie,,so,,mcm mne ye??really need your oppinion

    ReplyDelete